Sabtu, 1 Disember 2018 | 6:34pm
BEKAS penyerang Sepanyol dan Barcelona, David Villa. - Foto AFP
BEKAS penyerang Sepanyol dan Barcelona, David Villa. - Foto AFP

Villa sertai Iniesta di Vissel Kobe

TOKYO: Bekas penyerang Sepanyol dan Barcelona, David Villa mengumumkan hari ini bahawa dia sudah menandatangani kontrak bersama kelab Jepun, Vissel Kobe sekali gus menyertai bekas rakan sepasukannya Andres Iniesta.

Villa memuat naik tweet di klip video, yang menunjukkan kejayaannya di New York City FC, sebelum menerima panggilan yang terus membawanya ke Jepun.

“Hola Japon. Hola Vissel Kobe. (Selamat datang Jepun. Selamat datang Vissel Kobe.),” katanya dalam klip video terbabit sambil menyarung jersi Vissel Kobe.

Penyerang berusia 36 tahun itu menjadi pemain berprofil tinggi terbaru ditandatangani Vissel yang berpangkalan di bandar pelabuhan barat Jepun itu.

Kelab dimiliki jutawan Jepun Hiroshi Mikitani itu sebelum ini mengikat Iniesta pada awal tahun ini selepas menyambar bekas penyerang Jerman, Lukas Podolski pada 2017.

Villa yang muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Sepanyol menyertai New York City pada 2014 daripada Atletico Madrid susulan kempen cemerlang bersama Barcelona dan Valencia sebelum itu. – AFP

 

Berita Harian X