Khamis, 1 November 2018 | 4:12pm
NIK Nazmi Nik Ahmad
NIK Nazmi Nik Ahmad

Ini bukan soal politik - Nik Nazmi

KUALA LUMPUR: Persaingan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon, merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) tidak ada kaitan dengan politik.

Nik Nazmi menegaskan penyertaannya hanya untuk memberi sumbangan ke arah memperkukuhkan arena bola sepak negara ini.

“Kami berkawan baik dan ia tidak ada kena mengena dengan politik. Beliau sahabat saya dan kami mempunyai hubungan baik,” katanya di Lobi Parlimen, hari ini.

Nik Nazmi berkata, semangat kesukanannya yang tinggi membuatkan beliau komited mahu memperkasa perkembangan bola sepak tanah air.

“Saya penyokong kerajaan dan tak terbabit dalam mengawal atau menyeleweng sebarang syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Saya tak ada semua itu.

“Saya hanya ada semangat kesukanan yang tinggi,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang menyarankan pemimpin politik terutama anggota Parlimen supaya tidak menerima pelantikan mengetuai persatuan sukan.

Berita Harian X