Sabtu, 27 Oktober 2018 | 2:52pm

Peluang saksikan final Piala AFF

SHAH ALAM: Peminat bola sepak Malaysia berpeluang untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 yang dijadual berlangsung pada pertengahan Disember.

Peraduan ‘WhatsApp dan menang’ anjuran pengeluar minuman isotonik Malaysia 100PLUS menyediakan 20 keping tiket kepada 10 pemenang untuk menyaksikan perlawanan final timbal balik yang dijadual berlangsung pada 11 dan 15 Disember.

“100PLUS percaya dalam usaha memupuk masyarakat di negara ini ke arah kehidupan yang lebih sihat dengan mengajak rakyatnya mengamalkan gaya hidup aktif  dan bola sepak antara salah satu sukan kegemaran rakyat Malaysia. 

Kami mahu menghargai pengguna setia dan pada masa yang sama memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya menerusi peraduan ini,” kata Naib Presiden bahagian Pemasaran F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Graham Lim.

Untuk menyertai peraduan ini, peminat sukan tempatan hanya perlu mendapatkan sama ada 100PLUS ACTIVE 300ml, 500ml atau satu liter atau 100PLUS 500ml, 1.2 liter atau 1.5 liter sebarang perisa dan mengikuti langkah-langkah yang terdapat pada label di botol untuk melengkapkan pendaftaran peraduan.

Bukan itu sahaja, peserta berpeluang untuk memenangi 200 keping tiket perlawanan di antara pasukan Harimau Malaya dan Laos (12 November 2018) dan juga menentang Myanmar (24 November 2018) di mana kedua-dua perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Layari www.100PLUS.com.my untuk maklumat lanjut dan tarikh peraduan bermula dari 1 Oktober sehingga 30 November 2018.

Berita Harian X