Sabtu, 15 September 2018 | 10:02pm
FIRMINO (tengah) meraikan gol jaringannya bersama Alexander-Arnold (kiri) dan Mohamed Salah pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto AFP
FIRMINO (tengah) meraikan gol jaringannya bersama Alexander-Arnold (kiri) dan Mohamed Salah pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto AFP

Liverpool cipta kemenangan kelima

LONDON: Liverpool meneruskan permulaan sempurna musim ini ketika jaringan Georginio Wijnaldum dan Roberto Firmino memastikan pendahulu Liga Perdana itu menghukum Tottenham menerusi kemenangan 2-1 sebentar tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp membalas kekalahan 4-1 musim lalu di Tottenham dibantu kesilapan dilakukan tuan rumah itu.

Wijnaldum membuka jaringan pada lewat babak pertama di Wembley hasil kesilapan penjaga gol simpanan Spurs, Michel Vorm.

Firmino memberi kelebihan buat Liverpool mencipta kemenangan kelima berturut-turut selepas rehat apabila penyerang Brazil itu meledak mudah hasil kesilapan pertahanan dan salah faham dilakukan Vorm.

Erik Lamela mendapatkan satu gol buat Tottenham sebelum penamat tetapi ia sudah terlalu lambat buat mereka mencari keputusan seri. 

Persembahan berkenaan menunjukkan kesungguhan sebenar Liverpool yang melakukan penampilan terbaik sejak 1990-91 ketika mereka mengejar gelaran liga England pertama sejak musim 1989-90.

Bukan kali pertama musim ini skuad Reds mencipta kemenangan selepas bekerja keras, memecahkan pertahanan dan menyudahkan peluang berbanding meniru persembahan yang membawa mereka ke final Liga Juara-Juara musim lalu.

Klopp yang menang di Wembley buat pertama kali, tidak akan mengeluh selepas memastikan kemenangan jarang dapat dilakukan ke atas enam pencabar utama, membuktikan mereka akan menjadi pencabar utama kepada juara bertahan, Manchester City.- AFP

Berita Harian X