Sabtu, 1 September 2018 | 10:28pm
AKSI Mane (kanan) meledak gol pertama Liverpool ketika menentang Leicester pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, sebentar tadi. - Foto Reuters
AKSI Mane (kanan) meledak gol pertama Liverpool ketika menentang Leicester pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, sebentar tadi. - Foto Reuters

Liverpool kekal rekod kemenangan

LONDON: Liverpool meneruskan rekod cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris selepas menundukkan Leicester City 2-1 di Stadium King Power, sebentar tadi.

Bagaimanapun, pintu gol skuad kendalian Jurgen Klopp itu bolos buat kali pertama selepas empat perlawanan musim ini yang berpunca daripada kesilapan penjaga gol mereka sendiri, Alisson Becker. 

Kemenangan itu menyaksikan The Reds mengumpul 12 mata selepas mencatat empat kemenangan berturut-turut, sementara The Foxes yang menang dua kali meraih enam mata.

PEMAIN tengah Liverpool, Roberto Firmino (kiri) meledak gol kedua Liverpool ketika menentang Leicester di Stadium King Power, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN tengah Liverpool, Roberto Firmino (kiri) meledak gol kedua Liverpool ketika menentang Leicester di Stadium King Power, sebentar tadi. - Foto Reuters

Anak didik Klopp hanya memerlukan 10 minit untuk berada di depan selepas Sadio Mane bijak menyempurnakan hantaran Andy Robertson.

Roberto Firmino kemudian menambah gol kedua pada penghujung babak pertama apabila menyudahkan bola sepakan penjuru James Milner.

Kesilapan Alisson yang dilihat cuba menggelecek di dalam kotak penalti mengundang padah apabila Kelechi Iheanacho berjaya merampas bola sebelum hantarannya mudah disudahkan Rachid Ghezzal pada minit ke-63.

Liverpool yang memperlahankan permainan mereka pada babak kedua dan jaringan daripada Ghezzal dilihat memberi semangat tambahan buat Leicester untuk terus mencari gol penyamaan.

Klopp turut melakukan pertukaran dengan membawa masuk Xherdan Shaqiri bagi menggantikan Mohamed Salah pada minit ke-71, namun gagal menambah jaringan buat The Reds. - Reuters

Berita Harian X