Ahad, 29 April 2018 | 2:42am
PEMAIN pasukan Crystal Palace, Ruben Loftus-Cheek dalam aksi menentang Leicester City di Selhurst Park
PEMAIN pasukan Crystal Palace, Ruben Loftus-Cheek dalam aksi menentang Leicester City di Selhurst Park

Palace belasah Leicester

LONDON: Crystal Palace menghidupkan kembali peluang untuk kekal bersaing dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Leicester City 5-0 di Selhurst Park, sebentar tadi yang turut menyaksikan Marc Albrighton dibuang padang pada minit ke-56.

Wilfried Zaha meletakan tuan rumah di depan menerusi gol keempatnya dalam empat perlawanan sebelum James McArthur meledak gol kedua pada minit ke-38, diikuti jaringan Ruben Loftus-Cheek (81) Patrick van Aanholt (84) dan penalti Christian Benteke (90).

Dengan kemenangan itu, Palace melonjak di kedudukan ke-11 liga dengan mengumpul 38 mata, enam mata di atas zon penyingkiran berbaki dua perlawanan lagi musim ini.

Leicester pula berada di kedudukan kesembilan dengan mengumpul 44 mata.

Lain-lain perlawanan menyaksikan West Browich Albion turut menarik nafas lega seketika daripada dibelenggu zon penyingkiran apabila melakar kemenangan ke atas Newcastle United 1-0.

Southampton pula menewaskan Bournemouth 2-1 untuk meneruskan perjuangan mereka untuk terus kekal dalam saingan liga utama.

Everton turut mengutip tiga mata apabila menewaskan Huddersfielad Town 2-0 manakala Burnley sekadar seri tanpa jaringan dengan Brighhton & Hove Albion. - REUTERS

Berita Harian X