Khamis, 12 April 2018 | 12:22pm
JARINGAN penyerang Spurs, Harry Kane (dua dari kanan) ketika bertemu Stoke diiktiraf Panel Rayuan Akreditasi Gol Liga Perdana selepas meneliti rakaman video berkenaan. - Foto REUTERS
JARINGAN penyerang Spurs, Harry Kane (dua dari kanan) ketika bertemu Stoke diiktiraf Panel Rayuan Akreditasi Gol Liga Perdana selepas meneliti rakaman video berkenaan. - Foto REUTERS

Gol Kane diiktiraf, Salah perli keputusan

LONDON: Harry Kane diiktiraf sebagai penjaring gol kedua Tottenham Hotspur ketika kelab itu mencatat kemenangan 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Stoke City, minggu lalu.

Penyerang England itu mendakwa dia menjadi pemain terakhir menyentuh bola berpunca sepakan percuma pemain tengah, Christian Eriksen pada aksi di laman lawan tetapi jaringan itu pada awalnya diberikan kepada pemain Denmark berkenaan.

"Saya bersumpah atas nama anak perempuan saya, saya menyentuh bola itu," kata Kane.

Eriksen berkata: "Dia meraikannya seperti dia menjaringkan gol, jadi saya perlu mempercayai kata-katanya."

HARRY Kane kini sedang mengejar jumlah jaringan yang dilakukan pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah (kanan) dalam pemburuan penjaring gol terbanyak EPL.
HARRY Kane kini sedang mengejar jumlah jaringan yang dilakukan pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah (kanan) dalam pemburuan penjaring gol terbanyak EPL.

Selepas meneliti rakaman video perlawanan, Panel Rayuan Akreditasi Gol Liga Perdana memutuskan Kane mengalih bola berkenaan ke gawang sekali gus memberikan penyerang berbisa itu gol ke-25 dalam kempen liga musim ini.

"Harry Kane dianugerahkan gol kedua Tottenham Hotspur pada kemenangan 2-1 ke atas Stoke City, Sabtu lalu selepas rayuan kelab dan pemain kepada Panel Rayuan Akreditasi Gol Liga Perdana diterima," kata EPL dalam satu kenyataan, semalam.

Kane ketika ini sedang mengejar jumlah jaringan yang dilakukan pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah yang kini sudah menyumbat 29 gol dalam pemburuan penjaring gol terbanyak EPL.

MOHAMED Salah mempersoal keputusan Panel Rayuan Akreditasi Gol Liga Perdana yang mengiktiraf jaringan Harry Kane di laman Twitter.
MOHAMED Salah mempersoal keputusan Panel Rayuan Akreditasi Gol Liga Perdana yang mengiktiraf jaringan Harry Kane di laman Twitter.

Perlawanan menentang Stoke adalah penampilan pertama Kane dalam kesebelasan utama sejak Mac lalu selepas cedera buku lali.

Salah yang sudah menjaringkan 11 gol dalam lapan penampilan terakhir liga mempersoal keputusan itu di laman Twitter. 

Selepas 15 minit pengumuman itu dibuat, pemain kebangsaan Mesir itu menulis: "Wooooooow benar?" - AFP

Berita Harian X