Rabu, 7 Februari 2018 | 12:47am
BEKAS bintang Belanda, Ronald Koeman sudah menandatangani kontrak bersama Oranje serta-merta termasuk Piala Dunia 2022 di Qatar. - Foto EPA-EFE
BEKAS bintang Belanda, Ronald Koeman sudah menandatangani kontrak bersama Oranje serta-merta termasuk Piala Dunia 2022 di Qatar. - Foto EPA-EFE

Koeman dilantik jurulatih Belanda

THE HAGUE: Bekas bintang Belanda, Ronald Koeman hari ini dilantik sebagai jurulatih pasukan kebangsaan negara itu seterusnya diberi tugasan sukar mengembalikan maruah selepas beberapa siri kekalahan memalukan.

Persekutuan Bolasepak Diraja Belanda (KNVB) menyatakan mereka "sudah mencapai persetujuan dengan Ronald Koeman mengenai pelantikannya sebagai jurulatih kebangsaan Belanda."

Koeman "sudah menandatangani kontrak yang mengikatnya bersama Oranje serta-merta termasuk Piala Dunia 2022 di Qatar," katanya.

Nic-Jan Hoogma yang kini bersama Heracles Alemlo, juga dinamakan pengarah sukan oleh KNVB.

Peluang terbaharu untuk mencipta gemilang buat Koeman, 54, hadir selepas beliau dipecat pasukan Liga Perdana Inggeris, Everton pada Oktober lalu selepas rentetan kekalahan yang menyaksikan skuad Toffees merudum ke zon penyingkiran.

Koeman mengetuai pasukan kebangsaan Belanda menggantikan Dick Advocaat, yang muncul antara jurulatih tidak berjaya buat Oranje sejak 2014. - AFP

Berita Harian X