Isnin, 11 Disember 2017 | 12:45am
PEMAIN Everton, Wayne Rooney meraikan gol penyamaan menerusi sepakan penalti ketika menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield, sebentar tadi. - Foto REUTERS
PEMAIN Everton, Wayne Rooney meraikan gol penyamaan menerusi sepakan penalti ketika menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield, sebentar tadi. - Foto REUTERS

Rooney sekat hajat Liverpool

LIVERPOOL: Kapten Everton, Wayne Rooney menjaringkan gol pertama dalam pertembungan tetangga Merseyside sebentar tadi menerusi penalti untuk mengutip satu mata selepas terikat 1-1 berdepan Liverpool di Anfield.

Dalam keadaan bersalji, Rooney menjaringkan penalti pada minit ke-77 selepas Dominic Calvert-Lewin terjatuh apabila ditolak dari belakang oleh pertahanan Croatia, Dejan Lovren.

Mohamed Salah terlebih dulu memberikan jaringan awal buat Liverpool pada minit ke-42 seterusnya meletakkan pemain Mesir itu di depan penyerang England dan Tottenham Hotspur, Harry Kane sebagai penjaring terbanyak liga dengan 13 gol musim ini.

Liverpool kekal di tangga keempat dengan 30 mata, 13 mata di belakang pendahulu Manchester City yang bermain ketika ini menentang pasukan tangga kedua, Manchester United.

Chelsea ketiga dengan 32 mata dengan skuad kendalian Sam Allardyce, Everton naik ke tangga ke-10. - REUTERS

Berita Harian X