Khamis, 30 November 2017 | 7:21am
PEMAIN City, Raheem Sterling (kanan) melakukan rembatan untuk jaringkan gol kedua pasukan ketika menewaskan Southampton di Etihad, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
PEMAIN City, Raheem Sterling (kanan) melakukan rembatan untuk jaringkan gol kedua pasukan ketika menewaskan Southampton di Etihad, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Sterling wira City

MANCHESTER: Raheem Sterling meledak pada enam minit masa kecederaan ketika membantu Manchester City menewaskan Southampton 2-1, awal pagi tadi sekali gus melakar rekod baru kelab meraih kemenangan kali ke-12 berturut-turut pada saingan Liga Perdana Inggeris.

Jaringan penyamaan Oriol Romeu minit ke-75 memperlahankan tempo permainan City, tetapi usaha Sterling membuahkan hasil apabila menewaskan penjaga gol lawan, Fraser Forster untuk mengesahkan kemenangan di Stadium Etihad.

AKSI Oriol Romeu (dua dari kanan) ketika menjaringkan gol tunggal Southampton. - Foto REUTERS
AKSI Oriol Romeu (dua dari kanan) ketika menjaringkan gol tunggal Southampton. - Foto REUTERS

ORIOL Romeu (tengah) diraikan rakan sepasukan selepas jaringkan gol ketika bertemu Manchester City. - Foto AFP
ORIOL Romeu (tengah) diraikan rakan sepasukan selepas jaringkan gol ketika bertemu Manchester City. - Foto AFP

Sterling kini sudah meledak gol kemenangan dalam tiga perlawanan.

City dilihat tidak berada pada prestasi terbaik tetapi mereka berjaya di depan menerusi jaringan Kevin De Bruyne minit ke-47.

GAYA Raheem Sterling meraikan gol kemenangan City ketika tewaskan Southampton di Etihad, awal pagi tadi. - Foto AFP
GAYA Raheem Sterling meraikan gol kemenangan City ketika tewaskan Southampton di Etihad, awal pagi tadi. - Foto AFP

Forster terpaksa bekerja keras menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya sebelum Romeu yang juga bekas pemain Chelsea, menyamakan kedudukan.

Sterling muncul wira untuk memastikan City kekal meraih tiga mata penuh dan memimpin liga sekali gus menjarakkan jurang kepada lapan mata berbanding pesaing terdekat, Manchester United yang melakar kemenangan di Watford, semalam. - Reuters

Berita Harian X