Rabu, 22 November 2017 | 7:16am
PEMAIN tengah Manchester City Raheem Sterling (kanan) mudah memperdaya penjaga gol Feyenoord dari Australia, Brad Jones pada saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, sebentar tadi . - Foto AFP

Jaringan Sterling pastikan City teraju kumpulan F

MANCHESTER (United Kingdom): Skuad kendalian Pep Guardiola, Manchester City memastikan kedudukan teratas Kumpulan F Liga Juara-Juara selepas jaringan Raheem Sterling mengesahkan kemenangan 1-0 mengatasi Feyenoord awal pagi tadi.

Dengan City sudah mengesahkan tempat ke kelompok 16 terakhir, Guardiola membuat tujuh pertukaran terhadap kesebelasan utama dan dia perlu menanti hingga minit ke-88 sebelum pasukannya mendapat gol pendahuluan.

Jaringan Sterling, selepas gerakan satu dua bersama Ilkay Gundogan, bermakna City kini sudah menang 17 perlawanan terakhir mereka dalam semua kejohanan, termasuk ketika menang menerusi penalti mengatasi Wolverhampton Wanderers dalam Piala Liga.

"Sudah tentu menang lebih baik daripada tidak menang," kata Guardiola.

"Pada babak pertama, kami boleh beraksi dengan lebih baik. Tapi kadangkala ia sukar. Anda menang banyak perlawanan, anda sudah layak.

"Anda mahu menamatkan saingan di tangga pertama, tetapi anda ada lagi peluang untuk berkedudukan pertama. Kami tidak ada tekanan untuk bermain.

"Tapi itu normal. Pada penghujungnya kami menjaringkan gol menakjubkan dari Rash, hantaran baik dari Gundogan, dan kami mampu menang."

Kekalahan Shakhtar Donetsk di Napoli bermakna City mendahului kumpulan tanpa mengira keputusan di Stadium Etihad, namun Sterling mengekalkan rekod 100 peratus pasukan itu dalam kejohanan berkenaan. - AFP

PENYERANG Manchester City, Sergio Aguero (dua dari kanan) diasak pemain Feyenoord, Ridgeciano Haps (dua dari kiri) pada saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, sebentar tadi . - Foto EPA-EFE

PEMAIN muda Manchester City, Brahim Diaz (kiri) cuba melepasi halangan pemain Feyenoord, Ridgeciano Haps pada saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, sebentar tadi . - Foto AFP
PEMAIN muda Manchester City, Brahim Diaz (kiri) cuba melepasi halangan pemain Feyenoord, Ridgeciano Haps pada saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, sebentar tadi . - Foto AFP

RAHEEM Sterling (kanan) meraikan gol jaringannya rakan sepasukan pada saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, sebentar tadi . - Foto AFP
RAHEEM Sterling (kanan) meraikan gol jaringannya rakan sepasukan pada saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, sebentar tadi . - Foto AFP

REAKSI pengendali Manchester City, Pep Guardiola ketika memberi arahan pada saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, sebentar tadi . - Foto EPA-EFE
REAKSI pengendali Manchester City, Pep Guardiola ketika memberi arahan pada saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, sebentar tadi . - Foto EPA-EFE

Berita Harian X