Selasa, 24 Oktober 2017 | 10:59am
KETUA jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong senarai 14 pemain hadapi Kejuaraan Futsal AFF 2017 di Stadium Phu Tho, Ho Chi Minh City, Vietnam.
KETUA jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong senarai 14 pemain hadapi Kejuaraan Futsal AFF 2017 di Stadium Phu Tho, Ho Chi Minh City, Vietnam.

14 pemain sahut cabaran Futsal AFF 2017

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong mengekalkan 12 daripada 16 pemain skuad Sukan SEA Kuala Lumpur untuk menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2017 di Stadium Phu Tho, Ho Chi Minh City, Vietnam dari 26 Oktober hingga 3 November ini.

Dalam senarai 14 pemain yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, Chun Yong menyenaraikan Saiful Nizam Mohd Ali (Melaka) dan Muhammad Farikh Khabibor Rahman (Perak) yang tidak beraksi di Sukan SEA Ogos lalu.

Empat pemain yang tiada dalam senarai kali ini ialah penjaga gol Syafiq Hamzah (KL City), Shamsul Akmar Zamri (Pahang), Saiful Aula Ahmad (Melaka) dan Firdaus Ambiah (Melaka).

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B bakal memulakan kempen Kejuaraan Futsal AFF 2017 bertemu Timor-Leste pada 26 Oktober diikuti Laos (27 Oktober) dan juara bertahan, Thailand (28 Oktober).

Kumpulan A pula dibarisi tuan rumah Vietnam, Myanmar, Brunei, Filipina dan Indonesia. Undian semula terpaksa dibuat selepas Australia menarik diri.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir pada 1 November, sekali gus mengisi empat slot ASEAN layak ke Kejuaraan Futsal AFC 2018 di Taiwan, Februari depan. Aksi final Kejuaraan Futsal AFF 2017 dijadual pada 3 November 2017.

SENARAI 14 PEMAIN

Nama Umur Posisi Pasukan

Mohd Firdaus Razali 33 PG Melaka

Abu Haniffa Hasan 26 Fix Melaka

Muhammad Awaluddin Hasan 26 Ala Melaka

Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin 30 Pivot Melaka

Saiful Nizam Mohd Ali 26 Pivot Melaka

Yazid Kamaruzuan 25 Ala Melaka

Azrul Hadee Mohd Taufiq 30 PG Felda United

Muhammad Azri Rahman 23 Ala Felda United

Mohd Azwann Ismail 25 Fix Felda United

Syed Aizad Daniel Syed Nasir 21 Ala Felda United

Mohamad Awalluddin Mat Nawi 19 Ala Perak

Muhammad Farikh Khabibor Rahman 20 Fix Perak

Mohd Ridzwan Bakri 23 Pivot Pahang

Akmarulnizam Mohd Idris 26 Fix Pahang

Berita Harian X