Ahad, 15 Oktober 2017 | 11:03pm
PEMAIN Everton, Wayne Rooney berjaya menjaringkan gol penyamaan perlawanan melalui sepakan penalti. - Foto Reuters
PEMAIN Everton, Wayne Rooney berjaya menjaringkan gol penyamaan perlawanan melalui sepakan penalti. - Foto Reuters

Penalti Rooney selamatkan Everton

LONDON: Wayne Rooney menyempurnakan sepakan penalti minit ke-90 untuk keputusan seri 1-1 buat Everton yang bertandang ke laman Brighton and Hove Albion dalam saingan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Tuan rumah berada di landasan terbaik untuk memungut tiga mata penuh selepas Anthony Knockaert membuka jaringan lapan minit sebelum tamat permainan.

PEMAIN tengah Brighton, Anthony Knockaert (kanan) meraikan jaringan ketika menentang Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.. / AFP
PEMAIN tengah Brighton, Anthony Knockaert (kanan) meraikan jaringan ketika menentang Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.. / AFP

Bagaimanapun pertahanan Brighton, Bruno menyiku Dominic Calvert-Lewin pada minit terakhir permainan dan Rooney menyempurnakan sepakan penalti untuk skuad kendalian Ronald Koeman.

Keputusan seri itu meletakkan kedua-dua pasukan pada lapan mata dan satu anak tangga lebih baik, Brighton di tangga ke-14 dan Everton 16. - REUTERS

Berita Harian X