Khamis, 28 September 2017 | 8:18am
PEMAIN Sporting Lisbon, Sebastian Coates (kanan) menjaringkan gol sendiri ketika bertemu Barcelona di Stadium Jose Alvalade. - Foto REUTERS
PEMAIN Sporting Lisbon, Sebastian Coates (kanan) menjaringkan gol sendiri ketika bertemu Barcelona di Stadium Jose Alvalade. - Foto REUTERS

Gol nasib bantu Barca

LISBON: Sebastian Coates menjaringkan gol sendiri pada babak kedua untuk memberikan Barcelona kemenangan 1-0 di tempat lawan ketika berdepan Sporting Lisbon dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Pertahanan tengah Uruguay itu tanpa sengaja menyebabkan sepakan percuma Lionel Messi membias ke gawang sendiri pada minit ke-49, bagi memberikan pasukan Sepanyol itu kemenangan kedua berturut-turut dalam Kumpulan D.

Juara lima kali kejohanan Eropah itu mengetuai kumpulan berkenaan dengan enam mata maksimum di depan Sporting dan Juventus yang mengumpul tiga mata dengan Olympiakos masih belum memungut mata.

LIONEL Messi (kanan) dikawal tiga pemain Sporting pada aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara. - Foto REUTERS
LIONEL Messi (kanan) dikawal tiga pemain Sporting pada aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara. - Foto REUTERS

Skuad kendalian Ernesto Valverde, Barca sudah terbukti tidak mampu disekat dalam La Liga setakat ini, menang enam perlawanan untuk mencipta jurang tujuh mata berbanding juara bertahan, Real Madrid selain mengetepikan Juve dalam perlawanan pertama peringkat Eropah.

"Kami tahu untuk menang kami perlu menderita," kata Valverde kepada BeIN Sports Sepanyol.

"Kami bermula baik dan mendominasi babak pertama. Selepas gol itu, kami melalui 10 atau 15 minit ketika mereka mengasak kami dan mencipta sedikit peluang.

"Tetapi Liga Juara-Juara memang seperti ini, anda perlu menderita untuk menang."

Messi kini berkedudukan sama dengan bekas kapten Barca, Carles Puyol yang melakukan 593 penampilan buat kelab - mengejar kedudukan Andres Iniesta (638) dan Xavi (767). - AFP

PEMAIN Sporting, Gelson Martins (kanan) bersaing dapatkan bola dengan pemain Barce, Jordi Alba pada aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara. - Foto EPA
PEMAIN Sporting, Gelson Martins (kanan) bersaing dapatkan bola dengan pemain Barce, Jordi Alba pada aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara. - Foto EPA

Berita Harian X