Rabu, 27 September 2017 | 7:59am
PEMAIN Manchester City, Kevin De Bruyne (kanan) cuba dihalang pemain Shakhtar Donetsk, Fred pada aksi kumpulan Liga Juara-Juara di Stadium Etihad. - Foto Reuters
PEMAIN Manchester City, Kevin De Bruyne (kanan) cuba dihalang pemain Shakhtar Donetsk, Fred pada aksi kumpulan Liga Juara-Juara di Stadium Etihad. - Foto Reuters

De Bruyne, Sterling julang City

MANCHESTER (United Kingdom): Jaringan hebat Kevin De Bruyne dan gol lewat Raheem Sterling mengekalkan rekod baik Manchester City, ketika menang 2-0 ke atas Shakhtar Donetsk dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

De Bruyne meledak pada minit ke-49 menerusi sepakan kencang jarak jauh yang menerjah ke penjuru kanan gol Shakhtar selepas larian David Silva membantu untuk jaringan pembukaan.

Ia adalah jaringan pertama pemain Belgium itu untuk City yang banyak menjaringkan gol musim ini - hasil peranannya yang beraksi di bahagian depan, di bawah kendalian Pep Guardiola.

AKSI Kevin De Bruyne (dua dari kiri) menjaringkan gol ketika menewaskan Shakhtar Donetsk pada aksi Kumpulan F Liga Juara-Juara di Stadium Etihad. - Foto Reuters
AKSI Kevin De Bruyne (dua dari kiri) menjaringkan gol ketika menewaskan Shakhtar Donetsk pada aksi Kumpulan F Liga Juara-Juara di Stadium Etihad. - Foto Reuters

Namun, ia pastinya gol paling dinantikan kerana kualiti ditampilkan yang De Bruyne sepanjang musim ini.

Walaupun penyerang City, Sergio Aguero gagal menjaringkan penalti, namun jaringan minit ke-89 Sterling yang mendapat hantaran lintang Bernardo Silva, berjaya memastikan kemenangan dan memungut mata penuh di Eastlands.

Aguero berpeluang mendapatkan gol kedua dan menyamai rekod City dengan 177 gol yang kini dipegang Eric Brook pada 1930-an, selepas Leroy Sane dijatuhkan Ivan Ordets pada minit ke-71.

BOLA sepakan Raheem Sterling (kanan) gagal menerjah jaring walau berjaya menewaskan penjaga gol Shakhtar Donetsk. - Foto AFP
BOLA sepakan Raheem Sterling (kanan) gagal menerjah jaring walau berjaya menewaskan penjaga gol Shakhtar Donetsk. - Foto AFP

Bagaimanapun, sepakan Aguero terlalu hampir dengan penjaga gol, Andriy Pyatov yang merebahkan badan ke kanan dan menyelamatkan sepakannya.

Perlawanan yang menampilkan lapan pemain Brazil - lima daripadanya dari Shakhtar - dan hanya tiga pemain England seperti dijangka berjaya menghiburkan penonton dengan corak permainan menyerang, walaupun sukar mendapatkan jaringan. - AFP

Berita Harian X