Khamis, 21 September 2017 | 11:10pm
PEMAIN Everton, Dominic Calvert-Lewin (depan) diasak dua pemain Sunderland pada saingan Piala Liga di Goodison Park, kelmarin. - Foto Reuters/Lee Smith
PEMAIN Everton, Dominic Calvert-Lewin (depan) diasak dua pemain Sunderland pada saingan Piala Liga di Goodison Park, kelmarin. - Foto Reuters/Lee Smith

Koeman harap Everton terus bangkit

LONDON: Bos Everton, Ronald Koeman mengharapkan kemenangan 3-0 ke atas Sunderland pada aksi Piala Liga mampu menjadi titik tolak kepada kebangkitan pasukan itu dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dominic Calvert-Lewin meledak dua gol dan pemain gantian, Oumar Niasse yang membuat penampilan pertama buat kelab itu sejak Mei 2016 turut meledak gol sulungnya buat pasukan itu yang menyaksikan Toffees meraih kemenangan selepas tewas empat kali berturut-turut tanpa menjaringkan sebarang gol.

PENGENDALI Everton, Ronald Koeman lega selepas benam Sunderland.
PENGENDALI Everton, Ronald Koeman lega selepas benam Sunderland.

"Satu perkara normal jika anda berdepan detik sukar apabila tidak meraih kemenangan," kata pengendali dari Belanda itu.

"Namun saya berharap..kami beraksi di laman sendiri dan ada tiga lagi perlawanan sebelum rehat antarabangsa.

"Jika kami meraih tiga kemenangan, sudah pasti ia akan mengubah situasi pasukan ini tetap kalau sebaliknya yang berlaku, mungkin saya tidak boleh menarik nafas lega.

"Pada detik sukar sebegini, apa yang penting adalah kami menjaringkan gol dan meraih kemenangan. Secara keseluruhannya, semuanya berjalan dengan positif."

Dalam masa sama, meskipun Koeman memuji persembahan Calvert-Lewin yang berjaya menyumbang dua gol pada aksi itu, dia tidak dapat memberi jaminan sama ada pemain muda itu akan membarisi kesebelasan utama bertemu Bournemouth, Sabtu ini.

"Dia adalah pemain yang masih muda dan kadangkala anda perlu melindunginya. Dia pemain yang bagus dan mampu menjadi lebih baik, lebih kuat dan lebih pantas." - AFP

Berita Harian X