Sabtu, 9 September 2017 | 11:57pm
PEMAIN JDT, Gary Steven Robbat meraikan jaringannya dengan gaya tersendiri ketika menewaskan Selangor dalam aksi Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. - Foto Hairul Anuar Rahim

PEMAIN JDT, Ignacio Insa Bohigues (kanan) mengawal pergerakan pemain Selangor, Rufino Burgo dalam aksi Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. - Foto Hairul Anuar Rahim
PEMAIN JDT, Ignacio Insa Bohigues (kanan) mengawal pergerakan pemain Selangor, Rufino Burgo dalam aksi Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. - Foto Hairul Anuar Rahim
MOHAMAD Ghaddar meraikan jaringannya ketika JDT menewaskan Selangor dalam aksi Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. - Foto Hairul Anuar Rahim
MOHAMAD Ghaddar meraikan jaringannya ketika JDT menewaskan Selangor dalam aksi Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. - Foto Hairul Anuar Rahim

JDT hampakan Selangor

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) memastikan Selangor pulang dengan tangan kosong selepas menewaskan pasukan itu 3-1 untuk kekal di tangga teratas pada aksi terakhir Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, sebentar tadi.

Selaku juara kumpulan, skuad kendalian Ulisses Morais akan berdepan Melaka United yang muncul naib juara Kumpulan C pada aksi di Stadium Hang Jebat, yang dijadual pada Jumaat atau Sabtu ini.

Tanpa menurunkan kapten Safiq Rahim yang sekadar duduk di bangku simpanan selepas kembali dari tugasan skuad Harimau Malaya, barisan pemain Harimau Selatan tetap menunjukkan corak permainan agresif dan sering mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Gergasi Merah.

Ia terbukti apabila seawal minit pertama apabila Mohamad Ghaddar terlepas peluang terhidang baik selepas menanduk bola melepasi palang gol, berpunca sepakan lintang Gonzalo Cabrera.

Ternyata aksi 15 minit pertama, pelawat tampak berkampung di kawasan sendiri apabila diasak JDT yang mencari jaringan awal menerusi Gabriel Guerra, Natxo Insa dan Ghaddar.

Ketika aksi memasuki minit ke-16, gol yang dicari tuan rumah menjelma selepas bola lintang Cabrera tepat kepada Ghaddar yang mudah merembat menewaskan penjaga gol, Norazlan Razali.

Tersentak dengan jaringan itu, anak buah P Maniam mula menggandakan asakan untuk memburu gol penyamaan, namun gandingan Mohd Fadhli Shas dan Junior Eldstal di benteng tengah sering kali menggagalkan usaha juara Piala Malaysia 33 kali itu.

Namun usaha berterusan pelawat membuahkan hasil pada minit ke-27 selepas bola lintang tepat kepada Rufino Burgo yang menanduk menewaskan penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan.

Bagaimanapun kedudukan 1-1 itu tidak kekal lama apabila JDT kembali di depan selang dua minit, selepas bola sepakan percuma Insa tepat kepada Gary Steven Robbat yang menanduk untuk menewaskan Norazlan.

GONZALO Cabrera (kiri) mengasak pemain Selangor, Rufino Burgo ketika JDT menewaskan Selangor dalam aksi Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. - Foto Hairul Anuar Rahim
GONZALO Cabrera (kiri) mengasak pemain Selangor, Rufino Burgo ketika JDT menewaskan Selangor dalam aksi Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. - Foto Hairul Anuar Rahim

Kelibat Safiq yang disimpan pada babak pertama tampak diperlukan Morais bagi mengimbangi kekuatan tengah yang mula dikuasai Selangor apabila kapten kebangsaan itu dimasukkan pada minit ke-55 bagi menggantikan Nazmi Faiz Mansor.

Sentuhan kapten JDT itu hampir mencetus jaringan ketiga pada minit ke-71 selepas melorong tepat kepada Guerra, namun rembatan pemain import dari Argentina itu sempat ditampan Norazlan.

Namun tuan rumah memastikan Selangor berputih mata apabila Ghaddar meledakkan jaringan pada minit ke-75 berpunca daripada bola rembatan Guerra yang terbias dari tiang sebelah kanan dan pemain import dari Lubnan itu menguis untuk menewaskan Norazlan bagi memastikan kemenangan.

Berita Harian X