Rabu, 6 September 2017 | 12:39am
PRESIDEN Juventus, Andrea Agnelli (kiri) dipilih ketua Persatuan Kelab Eropah (ECA) manakala Karl-Heinz Rummenigge bekas peneraju sebelum ini.
PRESIDEN Juventus, Andrea Agnelli (kiri) dipilih ketua Persatuan Kelab Eropah (ECA) manakala Karl-Heinz Rummenigge bekas peneraju sebelum ini.

Presiden Juve ganti Rummenigge

GENEVA: Presiden Juventus, Andrea Agnelli dipilih mengisi jawatan ketua Persatuan Kelab Eropah (ECA) yang ditinggalkan bekas peneraju sebelum ini, Karl-Heinz Rummenigge.

Rummenigge yang juga Pengerusi Bayern Munich mengetuai badan induk itu sejak ia ditubuhkan sedekad lalu, namun mengambil keputusan untuk tidak pertahankan jawatannya.

"Saya yakin Andrea adalah orang yang sesuai untuk menggantikan saya dalam persatuan ini," kata Rummenigge.

Agnelli dan Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis turut dipilih sebagai wakil ECA dalam jawatankuasa eksekutif badan induk bola sepak Eropah, UEFA.

"Ia akan jadi hari yang penuh bermakna," kata Agnelli ketika perhimpunan agung ECA di Geneva.

"Kami membincangkan mengenai pertandingan di peringkat kelab dan format terkini Liga Juara-Juara serta Liga Europa.

"Dalam Liga Juara-Juara, kebanyakan pasukan lebih menjurus kepada format baharu. Liga Europa mungkin perlu disemak dan kami akan bekerjasama dengan kelab bagi menilainya semula."

Mengenai Piala Kelab Dunia, Agnelli lebih berterus terang dan menyifatkan format sedia ada tidak bagus. - AFP

Berita Harian X