Rabu, 30 Ogos 2017 | 7:22am
 PEMAIn Lazio, Keita Balde.
PEMAIn Lazio, Keita Balde.

Monaco ikat Balde, Jovetic

MONACO: Juara Perancis, Monaco menandatangani penyerang Senegal, Keita Balde dan pemain antarabangsa Montenegro, Stevan Jovetic dari Lazio dan Inter Milan, hari ini.

Balde, 22, yang melakukan 12 penampilan di pentas antarabangsa menyertai kelab dengan perjanjian lima tahun.

Pemain ini dilaporkan bernilai 30 juta euro (RM153.2 juta) selepas mempamerkan prestasi menarik di saingan liga Itali dengan menjaringkan 16 gol walaupun hanya 21 kali diturunkan.

"Saya sangat gembira untuk menandatangani kontrak bersama AS Monaco, kelab yang memiliki sejarah yang hebat," katanya.

PEMAIN Inter Milan, Stevan Jovetic.
PEMAIN Inter Milan, Stevan Jovetic.

"Apabila kamu mendapat peluang untuk datang ke sini, kamu terus menerimanya. Ia adalah perancangan yang sesuai untuk saya.

"Saya gembira dapat menyertai skuad yang kuat, dapat bersama kelompok pemain yang mengharungi saingan cukup menakjubkan musim lalu,"

Sementara itu, kapten Montenegro berusia 27 tahun, Jovetic kini bersedia menyarung jersi nombor 10 yang bakal ditinggalkan Mbappe, selepas pemain remaja sensasi ini terbabit dalam perpindahan mega ke kelab mewah, Paris Saint-Germain (PSG). - AFP

Berita Harian X