Sabtu, 5 Ogos 2017 | 7:34am

Vardy ledak dua gol, Iheanacho cedera

LONDON: Penyerang England, Jamie Vardy, meledak dua gol ketika Leicester menumpaskan Borussia Moenchengladbach 2-1 dalam aksi pramusim yang dibayangi kecederaan Kelechi Iheanacho, awal pagi tadi.

Vardy menjaringkan gol pada minit ke-67 dan 74 selepas Thorgan Hazard meletakkan pasukan dari Jerman itu di depan pada awal babak kedua.

Jamie Vardy (kiri) dicabar pemain Borussia Monchengladbach pada aksi pramusim, awal pagi tadi. - Foto Reuters
Jamie Vardy (kiri) dicabar pemain Borussia Monchengladbach pada aksi pramusim, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Iheanacho yang dibeli 25 juta pound (RM137 juta) dari Manchester City kelmarin, melakukan gerakan yang membolehkan Vardy meledak gol kemenangan tetapi digantikan selepas cedera ringan.

Pengurus Leicester, Craig Shakespeare, berkata tindakan menukar Iheanacho yang juga penyerang Nigeria itu hanya sebagai langkah berjaga-jaga.

"Kami tidak mahu dia mengalami kecederaan lebih teruk, jadi kami memilih jalan selamat," kata Shakespeare. - AFP

Berita Harian X