Sabtu, 5 Ogos 2017 | 12:14am
NEYMAR (kanan) bersalaman dengan pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi. - Foto AFP

Nilai Neymar bakal meningkat 2 kali ganda

PARIS: Nilai bintang Brazil, Neymar yang menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dengan catatan rekod dunia bernilai 222 juta euro (RM1.128 bilion), dijangka meningkat dua kali ganda dalam tempoh dua tahun.

Demikian menurut Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, di sini, hari ini.

Harga perpindahan pemain berusia 25 tahun itu mengejutkan dunia bola sepak, apabila nilainya lebih dua kali ganda daripada rekod lalu yang dicatatkan oleh pemain Manchester United, Paul Pogba.

Al-Khelaifi yang ditemani Neymar dalam sidang media di sini, hari ini berkata: Tidak terdapat dua Neymar di dunia. Saya ingin sekali bertemu anda dalam tempoh dua tahun akan datang dan melihat semula akan nilainya berbanding hari ini.

"Kemungkinan ia sudah dua kali ganda,". - AFP

Berita Harian X