Jumaat, 20 November 2020 | 11:03am
Pengarang Scotland, Douglas Stuart dinobatkan Hadiah Booker 2020 lewat novel sulungnya, Shuggie Bain. - Foto Hadiah Booker/AFP
Pengarang Scotland, Douglas Stuart dinobatkan Hadiah Booker 2020 lewat novel sulungnya, Shuggie Bain. - Foto Hadiah Booker/AFP

Penulis baharu raih Hadiah Booker 2020

LONDON: Pengarang Scotland, Douglas Stuart dinobatkan Hadiah Booker 2020 lewat novel sulungnya, Shuggie Bain berlatarbelakangkan kota kelahirannya, Glasgow.

Shuggie Bain mengangkat kisah keluarga kelas pekerja pada dekad 1980-an yang diilhamkan daripada pengalaman zaman kanak-kanak pengarangnya.

Stuart berkata, impiannya untuk menjadi pengarang tercapai dengan kemenangan itu.

"Kemenangan ini mengubah seluruh kehidupan saya," katanya dalam ucapan penerimaan.

Pengarang Scotland, Douglas Stuart dinobatkan Hadiah Booker 2020 lewat novel sulungnya, Shuggie Bain. - Foto Hadiah Booker/AFP
Pengarang Scotland, Douglas Stuart dinobatkan Hadiah Booker 2020 lewat novel sulungnya, Shuggie Bain. - Foto Hadiah Booker/AFP

Seperti finalis lain, pengarang berusia 44 tahun yang kini menetap di New York, menghadiri acara penganugerahan Hadiah Booker secara maya berikutan perintah berkurung di Britain bagi mengekang penularan COVID-19.

Karya Stuart diangkat daripada pengalamannya membesar bersama ibu yang ketagihan arak dan meninggal dunia akibat ketagihan itu.

Beliau menjelaskan buku itu sebagai 'cerita kasih sayang' mutlak dan sering diuji dialami kanak-kanak yang memiliki ibu bapa bermasalah.

Pengarang Scotland, Douglas Stuart dinobatkan Hadiah Booker 2020 lewat novel sulungnya, Shuggie Bain. - Foto Hadiah Booker/AFP
Pengarang Scotland, Douglas Stuart dinobatkan Hadiah Booker 2020 lewat novel sulungnya, Shuggie Bain. - Foto Hadiah Booker/AFP

Dalam ucapan penuh emosi, Stuart berkata, ibunya pasti teruja dan berbangga sekiranya masih hidup.

Stuart berkata, beliau terbeban dengan 'kasih sayang dan penderitaan' serta menulis buku itu berjaya merawat penderitaannya.

Beliau turut memberikan penghargaan kepada kota kelahirannya itu kerana pengalaman membesar di Glasgow memberikan banyak ilham kepadanya.

Stuart ialah salah seorang daripada empat novelis baharu dalam kalangan enam finalis yang dinilai dalam anugerah sastera antara paling berprestij di dunia.

Dengan kemenangan itu, Stuart membawa pulang hadiah bernilai £50,000 (RM271,000) dan pengiktirafan antarabangsa yang menjana pulangan melalui penjualan buku di seluruh dunia.

Pengarang Scotland, Douglas Stuart dinobatkan Hadiah Booker 2020 lewat novel sulungnya, Shuggie Bain. Acara penganugerahan turut menampilkan bekas Presiden AS, Barack Obama. - Foto Hadiah Booker/AFP
Pengarang Scotland, Douglas Stuart dinobatkan Hadiah Booker 2020 lewat novel sulungnya, Shuggie Bain. Acara penganugerahan turut menampilkan bekas Presiden AS, Barack Obama. - Foto Hadiah Booker/AFP

Finalis lain ialah penulis Amerika Syarikat (AS), Avni Doshi dengan novel Burnt Sugar; Diane Cook (The New Wilderness) dan Brandon Taylor (Real Life).

Turut disenaraikan ialah pengarang Zimbabwe, Tsitsi Dangarembga dengan novel This Mournable Body dan penulis Ethiopia-AS, Maaza Mengiste (The Shadow King).

Acara itu turut menampilkan bekas Presiden AS, Barack Obama dan Duchess of Cornwall. - AFP

Berita Harian X