Rabu, 11 Disember 2019 | 4:00pm
Suhu takat beku tidak halang penunjuk perasaan membantah penganugerahan Hadiah Nobel Kesusasteraan 2019 kepada penulis Austria, Peter Handke yang pernah menyokong pemimpin Serbia, Slobodan Milosevic. - Foto Reuters

Hadiah Nobel: Eropah alami amnesia tragedi Bosnia, Kosovo

STOCKHOLM: Suhu takat beku tidak dapat membendung protes penunjuk perasaan terhadap penganugerahan Hadiah Nobel Kesusasteraan 2019 kepada penulis Austria, Peter Handke yang pernah menyokong pemimpin Serbia, Slobodan Milosevic.

Handke dan penerima Nobel dalam bidang kimia, perubatan, fizik serta ekonomi, menerima hadiah mereka daripada Raja Sweden dalam majlis gilang-gemilang di Dewan Konsert Stockholm, malam tadi.

Hadiah Nobel Keamanan pula dianugerahkan secara berasingan di Oslo kepada Perdana Menteri Ethiopia.

Pemilihan Handke oleh Akademi Sweden mencetuskan kritikan meluas kerana novelis dan dramatis Austria itu berucap pada majlis pengebumian Milosevic pada 2006 selepas pemimpin Serbia terbabit meninggal dunia dalam tahanan di The Hague kerana berdepan tuduhan jenayah perang.

Suhu takat beku tidak halang penunjuk perasaan membantah penganugerahan Hadiah Nobel Kesusasteraan 2019 kepada penulis Austria, Peter Handke yang pernah menyokong pemimpin Serbia, Slobodan Milosevic. - Foto Reuters
Suhu takat beku tidak halang penunjuk perasaan membantah penganugerahan Hadiah Nobel Kesusasteraan 2019 kepada penulis Austria, Peter Handke yang pernah menyokong pemimpin Serbia, Slobodan Milosevic. - Foto Reuters

Suhu takat beku tidak halang penunjuk perasaan membantah penganugerahan Hadiah Nobel Kesusasteraan 2019 kepada penulis Austria, Peter Handke yang pernah menyokong pemimpin Serbia, Slobodan Milosevic. - Foto Reuters
Suhu takat beku tidak halang penunjuk perasaan membantah penganugerahan Hadiah Nobel Kesusasteraan 2019 kepada penulis Austria, Peter Handke yang pernah menyokong pemimpin Serbia, Slobodan Milosevic. - Foto Reuters

Ketika tetamu tiba dengan limosin, sekitar sedozen penunjuk perasaan mengangkat sepanduk dengan slogan ‘No Nobel for Fake News’.

Slogan itu merujuk kepada komen dibuat Handke yang ditanya mengenai pembunuhan beramai-ramai yang mengorbankan lebih 8,000 lelaki dan remaja Muslim Bosnia di Srebrenica pada 1995.

Protes itu kemudian menarik ratusan penunjuk perasaan.

Pengarang Austria, Peter Handke dianugerahkan Hadiah Nobel Kesusasteraan 2019. - Foto Reuters

“Masalah utama dengan Handke ialah keengganannya mengakui penghapusan bangsa penduduk Bosnia pada 1990-an,” kata seorang penganjur demonstrasi di Stockholm, Adnan Mahmutovic.

“Sebagai pengarang serius dan mapan yang berpengaruh dalam sastera Eropah, Handke dipergunakan dalam penafian naratif penghapusan bangsa di Balkan,” kata Mahmutovic yang terpaksa melarikan diri ke Sweden sebagai pelarian perang Bosnia pada 1993.

Sementara itu, duta dari Albania, Bosnia, Croatia, Kosovo dan Turki berkata, mereka memboikot majlis penganugerahan itu.

Sepanduk bantahan penganugerahan Hadiah Nobel Kesusasteraan 2019 kepada penulis Austria, Peter Handke yang pernah menyokong pemimpin Serbia, Slobodan Milosevic. - Foto Reuters

‘AMNESIA’

“Hari ini hari penuh aib. Ia menunjukkan Eropah mengalami amnesia terhadap apa yang kami alami di Kosovo, Bosnia dan Croatia,” tulis Menteri Luar Kosovo, Behgjet Pacolli dalam Twitter.

Sebelum ini, Presiden Turki, Tayyip Erdogan mendakwa Akademi Sweden mengiktiraf pelanggaran hak asasi manusia dengan menganugerahkan hadiah sastera kepada Handke.

Suhu takat beku tidak halang penunjuk perasaan membantah penganugerahan Hadiah Nobel Kesusasteraan 2019 kepada penulis Austria, Peter Handke yang pernah menyokong pemimpin Serbia, Slobodan Milosevic. - Foto Reuters
Suhu takat beku tidak halang penunjuk perasaan membantah penganugerahan Hadiah Nobel Kesusasteraan 2019 kepada penulis Austria, Peter Handke yang pernah menyokong pemimpin Serbia, Slobodan Milosevic. - Foto Reuters

Ketika akhir hayat, Milosevic dibicarakan kerana tindakan kejam dan penghapusan etnik oleh tentera Serbia ketika perang memporak-perandakan Yugoslavia pada 1990-an.

Jumaat lalu, Handke mengetepikan soalan mengenai sokongannya kepada Milosevic. Handke ialah penulis buku seperti The Goalie’s Anxiety at the Penalty Kick dan Slow Homecoming. - Reuters

Gambar fail wakil Persatuan Mangsa dan Saksi Genosid membantah penganugerahan Hadiah Nobel Kesusasteraan 2019 kepada Peter Handke. - Foto Reuters

Berita Harian X