Rabu, 11 September 2019 | 12:52pm
Imej tanpa tarikh disiarkan Queen Mary University of London menunjukkan gambaran artis terhadap dinasour Cryodrakon boreas yang baru ditemui. - Foto AFP

Saintis sahkan dinosaur terbang terbesar dalam sejarah

PARIS: Saintis mendedahkan spesis pterosaur baharu, iaitu reptilia sebesar kapal terbang yang menguasai langit zaman pruba mengatasi T-rex, Triceratop and dinasor lain pada penghujung era Cretaceous.

Dengan kepak sepanjang 10 meter dan seberat 250 kilogram, Cryodrakon Boreas menyaingi pterosaur lain sebagai haiwan terbesar yang mampu terbang sepanjang zaman, lapor penyelidik dalam Journal of Vertebrate Paleontology.

Penulis utama kajian itu dan penyelidik di Universiti Queen Mary, London, David Hone, berkata ia penemuan yang hebat.

“Kami dapat mengenal pasti Cryodrakon sebagai makhluk berlainan dengan Quetzalcoatlus, iaitu haiwan purba yang sebelum ini dianggap pterosaur gergasi.

C Boreas ditemui buat kali pertama lebih 30 tahun lalu di Alberta, Kanada, tetapi dianggap penemuan kurang menarik kerana salah pengelasan.


Imej tanpa tarikh disiarkan Queen Mary University of London menunjukkan fosil tulang leher dinasour Cryodrakon boreas yang baru ditemui dan disahkan haiwan terbesar yang boleh terbang. - Foto AFP

Bagaimanapun, penyelidikan lebih terperinci fosil haiwan berusia muda dan rangka tulang leher gergasi yang lebih dewasa meyakinkan saintis bahawa spesis baharu ditemui.

Seperti reptilia bersayap lain yang hidup pada zaman sama kira-kira 77 juta tahun lalu, C Boreas ialah karnivor dan mungkin memakan cicak, mamalia kecil dan anak dinosaur.


Imej tanpa tarikh disiarkan Queen Mary University of London menunjukkan gambaran artis terhadap dinasour Cryodrakon boreas yang baru ditemui. - Foto AFP

Hone berkata, meskipun ia berkemungkinan mampu menyeberang laut, lokasi fosil dan rangka haiwan itu menunjukkan habitatnya adalah di darat.

Ada lebih 100 spesis pterosaur yang diketahui.

Di sebalik saiz besar dan penyebaran luas - merentas Amerika Utara dan Selatan, Asia, Afrika serta Eropah - hanya sebahagian sisa fosil berjaya dicari gali, sekali gus menjadikan penemuan baharu sangat penting. - AFP

2667 dibaca
Berita Harian X