Rabu, 3 Julai 2019 | 11:16am
Perancis memulangkan lebih 400 artifak yang dicuri kepada Pakistan termasuk patung, vas, pasu hiasan dan piala yang sebahagiannya bertarikh alaf kedua serta ketiga sebelum Masihi (SM). - Foto Reuters

Perancis pulangkan artifak curi kepada Pakistan

PARIS: Perancis memulangkan lebih 400 artifak yang dicuri kepada kerajaan Pakistan semalam termasuk patung, vas, pasu hiasan dan piala yang sebahagiannya bertarikh alaf kedua serta ketiga sebelum Masihi (SM).

Kebanyakan artifak itu diserahkan di Perancis pada September 2006 yang dikirim dalam bungkusan dialamatkan kepada galeri di sini.

Bungkusan itu dipintas pegawai kastam di Lapangan Terbang Roissy Charles de Gaulle dan dikenal pasti oleh Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan sebagai artifak yang dijarah di perkuburan lembah Indus, Pakistan.

Kiriman lain seperti tembikar dan patung terracotta yang dialamatkan ke galeri sama, ditahan dua minggu kemudian.

Ketika menggeledah premis galeri yang tidak didedahkan nama itu, pegawai kastam turut menyita ratusan bahan seramik lagi.

Dalam majlis yang diadakan di Kedutaan Pakistan di Paris, sebanyak 445 artifak diserahkan kepada negara itu yang nilainya dianggarkan 139,000 euro (RM650,000).

Ketua Misi Pakistan, Muhammad Majad Aziz Qazi, berkata ia menjadi peristiwa bersejarah kepada negaranya, sekali gus detik emosional.

“Kami percaya sebahagian warisan Pakistan berjaya dibawa pulang ke tanah air,” katanya.

Muhammad Majad berkata, persiapan turut dibuat untuk membawa pulang khazanah itu ke Islamabad secepat mungkin.

“Harapnya ia dapat dibuat segera, kita akan dapat menyaksikannya dipamerkan di antara muzium terbaik di Pakistan,” katanya.

Meskipun galeri yang menjadi lokasi penerimaan barangan itu tidak dinamakan, pegawai Perancis berkata, besar kemungkinan ia akan didenda antara 100,000 hingga 200,000 euro (RM468,000-RM935,000) kerana menerima barang curian.

Sementara itu, pakar arkeologi Asia Selatan, Aurore Didier, berkata Baluchistan di selatan Pakistan mengalami kecurian artifak purba yang meluas hingga sukar untuk mengumpulkan data antropologi mengenai manusia yang pernah mendiami di kawasan berkenaan.

“Ia bukan hanya disebabkan penyeludup tamak, sebaliknya pasaran seni antarabangsa. Pencurian itu tersebar luas di wilayah Baluchistan,” katanya.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menekankan perlunya bahan seni purba dikembalikan di wilayah asalnya.

November lalu, beliau mengumumkan rancangan untuk mengembalikan objek yang disimpan di muzium Perancis kepada Benin, bekas negara jajahan Perancis.

Sejumlah artifak yang dikembalikan ke Peru pada tahun ini dan antara tempoh 2014 hingga 2017, lebih daripada 250 barang warisan Mesir dipulangkan ke Kaherah selepas ditemui di bagasi milik rakyat British dalam perjalanan ke London. - Reuters

Timbalan Pengarah Antara Wilayah Kastam Lapangan Terbang Paris, Evelyne Sarti, melihat sebahagian daripada 445 artifak yang dirampas oleh pihaknya antara 2006 hingga 2007 sebelum dikembalikan kepada Pakistan. - Foto Reuters

Pengarah Kastam Perancis, Rodolphe Gintz dan Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Pakistan di Paris, Muhammad Amjad Aziz Qazi, menandatangani dokumen rasmi ketika Perancis mengembalikan 445 artifak. - Foto Reuters
Pengarah Kastam Perancis, Rodolphe Gintz dan Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Pakistan di Paris, Muhammad Amjad Aziz Qazi, menandatangani dokumen rasmi ketika Perancis mengembalikan 445 artifak. - Foto Reuters

Perancis memulangkan lebih 400 artifak yang dicuri kepada Pakistan termasuk patung, vas, pasu hiasan dan piala yang sebahagiannya bertarikh alaf kedua serta ketiga sebelum Masihi (SM). - Foto Reuters
Perancis memulangkan lebih 400 artifak yang dicuri kepada Pakistan termasuk patung, vas, pasu hiasan dan piala yang sebahagiannya bertarikh alaf kedua serta ketiga sebelum Masihi (SM). - Foto Reuters

Berita Harian X