Rabu, 24 April 2019 | 1:39pm
Kedai buku tradisional turut mendapat saingan daripada rangkaian peruncit, selain Amazon. Gambar hiasan. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

MAGALU Brazil saingi Amazon, jual buku dalam talian

SAO PAULO: Peruncit Brazil, Magazine Luiza (MAGALU) mengumumkan akan mula menjual buku fizikal secara dalam talian yang boleh diambil di rangkaiannya yang hampir 1,000 kedai, sekali gus menyaingi kedai buku tradisional dan Amazon.com Inc.

Langkah yang memperlihatkan kesungguhan MAGALU untuk memberikan saingan secara langsung dengan penjual dalam talian, Amazon selepas memulakan operasi jualan e-buku bermula 2012, diikuti buku fizikal dua tahun kemudian.

Kedai buku Brazil yang lebih mapan berdepan dengan masalah kewangan, iaitu Saraiva Livreiros SA dan Livraria Cultura yang memohon perlindungan muflis pada tahun lalu.

Pengarah Eksekutif e-Dagang MAGALU, Eduardo Galanternick, berkata sasaran pihaknya adalah untuk menjadikan MAGALU rujukan dalam segmen itu.

Beliau berkata, sebanyak 300 kedai rangkaiannya daripada 954 kedai terletak di bandar Brazil yang tidak mempunyai sebarang kedai buku.

Saham MAGALU menokok sebanyak 1.9 peratus pada 170.31 real Brazil tengah hari semalam, sejajar dengan indeks saham Bovespa stock. Hanya pada tahun lalu, sahamnya meningkat sebanyak 126 peratus. - Reuters

Berita Harian X