Jumaat, 19 April 2019 | 6:25pm
Makam dinasti ke-18 Kerajaan Baharu Mesir Purba yang memiliki saiz luar biasa ditemukan di tebing barat Sungai Nil, Luxor. - Foto REUTERS

Makam New Kingdom bersaiz luar biasa ditemukan di Mesir

LUXOR: Makam dinasti ke-18 Mesir Purba yang memiliki saiz luar biasa ditemukan di tebing barat di sini.

Makam berusia 3,500 tahun berkeluasan 450 meter persegi itu mempunyai 18 pintu masuk dan dipercayai kepunyaan bangsawan yang bernama Shedsu-Djehuty.

Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri, berkata bangsawan itu berkhidmat kepada Raja Mesir Purba di Mesir Hulu dan Hilir.

Pekerja yang melakukan kerja pengubahsuaian makam yang ditemukan pada 2018 itu, menjumpai halaman besar, lantai berjubin yang berwarna-warni dan lukisan dinding yang mendokumentasi pelbagai aktiviti termasuk pembinaan kapal serta pemburuan.

Tebing barat Sungai Nil di Luxor itu menyimpan Lembah Raja-raja yang Firaun dan bangsawan Kerajaan Baharu ditanam dalam makam batu berukiran.

Dinasti ke-18 ialah dinasti pertama New Kingdom.

Makam itu menjadi siri terbaru yang didedahkan oleh Kementerian Antikuiti Mesir yang turut menegaskan lebih banyak pasukan ekskavasi melakukan kerja cari gali dengan isu keselamatan semakin baik di Mesir.

Mesir kembali menarik pelancong yang menjadi sumber penting mata wang asing sejak jumlah pengunjung menurun dengan mendadak selepas kebangkitan rakyat pada 2011. - Reuters

Berita Harian X