Selasa, 1 Mei 2018 | 9:43pm
PENGUNJUNG Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018, Sharmilawati Abu Hassan bersama anaknya Hud Mikhail Khairil melihat buku Sang Kancil versi Augmented Reality (AR) di PWTC. - Foto Rohanis Shukri
PENGUNJUNG Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018, Sharmilawati Abu Hassan bersama anaknya Hud Mikhail Khairil melihat buku Sang Kancil versi Augmented Reality (AR) di PWTC. - Foto Rohanis Shukri
PROF Madya Dr Ramzah Dambul (dua dari kiri) melancarkan buku Sang Kancil versi AR sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 di PWTC. Turut sama Pengasas Bersama MXR International, Gerald Cai (kiri), Pengarah ITBM Mohd Khair Ngadiron dan pelukis, Jaafar Taib (kanan). - Foto Rohanis Shukri

Sang kancil hidup

KUALA LUMPUR: Bukan sahaja watak Sang Kancil, malah setiap watak dalam buku Himpunan Kisah Dongeng Sang Kancil yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) dilihat seolah-olah 'bernyawa'.

Menerusi teknologi AR itu, pembaca dapat melihat watak dalam buku berkenaan hidup kerana dihasilkan dalam bentuk maya tiga dimensi (3D) pada grafik dan visual buku.

Selain itu, teknologi E.narasi yang terkandung dalam AR membolehkan pembaca mendengar bunyi latar sambil membaca kisah dongeng berkenaan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof Madya Dr Ramzah Dambul, berkata usaha Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) menerbitkan bahan bacaan berbentuk sedemikian mampu memberi nilai tambah seiring teknologi pada masa kini.

"Kisah rakyat dan kandungan penceritaan yang sama tetapi dipersembahkan dalam bentuk yang lebih interaktif, canggih dan menarik untuk dibaca khususnya golongan muda dan kanak-kanak.

"Dengan teknologi ini, penghayatan kepada pembacaan itu lebih mendalam dan dekat dengan setiap pembaca," katanya pada majlis pelancaran koleksi buku berkenaan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata, penggiat sastera yang tidak menguasai teknologi akan ketinggalan dan terkebelakang dalam menghasilkan bahan bacaan seiring perkembangan teknologi digital.

Siri Sang Kancil tulisan Rahimidin Zahari dan ilustrasi oleh pelukis terkenal tanah air Jaafar Taib itu diterbitkan dalam dua versi bahasa, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris pada tahun 2015.

Siri itu mengandungi 10 kisah dongeng Sang Kancil dan pernah memenangi Hadiah Utama Samsung KidsTime Authors Award (SKTAA) di Singapura.

Himpunan Kisah Dongeng Sang Kancil versi AR dibangunkan MXR International Singapura dan boleh dilihat menerusi aplikasi SnapLearn.

Sempena PBAKL 2018, koleksi berkenaan dijual pada harga RM100 untuk 10 buku atau pada harga RM12 senaskah.

Berita Harian X