Khamis, 12 March 2020 | 10:56am
PETUGAS perubatan merawat pesakit yang dijangkiti virus COVID-19 di sebuah hospital di Wuhan. - Foto AFP
PETUGAS perubatan merawat pesakit yang dijangkiti virus COVID-19 di sebuah hospital di Wuhan. - Foto AFP

Tumpu kepada pandemik bukan politik

Coronavirus adalah nama generik. Ia wujud hampir 60 tahun secara saintifiknya, tetapi hanya dalam badan beberapa spesies haiwan, antaranya kucing civet, monyet, kelawar serta beberapa lagi.

Sama seperti virus berbahaya lain, ia boleh merebak daripada binatang kepada manusia dan sukar dibendung.

COVID-19 muncul kali pertama di Wuhan, China pada Disember lalu, dikenal pasti ‘sepupu’ kepada SARS. Tidak semua dijangkiti berakhir maut. Ia dikategori ringan, teruk dan kritikal - oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sehingga 4 Mac, WHO mengisytiharkan amaran tahap tinggi, sedikit lagi untuk sampai ke tahap pandemik. Namun, ia merebak ke 65 negara dan terus meningkat, dengan setiap benua sudah mendaftarkan kes sama. Jelas sekali ini pandemik.

Salah satu sebab mengapa kes di Wuhan - yang merebak kepada hampir 80,000 orang antara 22 Januari sehingga sekarang - mula stabil dari segi skala dan kepantasan. Puncanya pihak berkuasa kesihatan awam negara itu menguatkuasakan kuarantin dengan berkesan bukan hanya di Wuhan, tetapi 13 bandar lain di China.

COVID-19 mengganggu rantaian aktiviti ekonomi, pembuatan dan pembekalan di China. Ia secara langsung memberi kesan terhadap ekonomi dunia memandangkan 20 peratus pengeluaran dunia bergantung kepada China, berbanding 3 peratus pada 2003. Hal ini, memperlahankan perdagangan global sepenuhnya.

Walaupun kes di Wuhan menyaksikan penurunan ketara, China dan negara lain di seluruh dunia terasa kesannya. Korea Selatan yang tidak terkesan pada awal penyebaran wabak ini, mengesan 5,000 kes dalam masa seminggu. Sementara Iran dan Itali, mempunyai 3,000 kes secara keseluruhan dan terus meningkat.

Purata kematian COVID-19 antara dua ke tiga peratus, bergantung jantina, geografi dan imuniti seseorang. Saintis mengatakan COVID-19 lebih membawa maut kepada lelaki, terutama yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, bronkitis dan asma.

Kebarangkalian peluang untuk selamat atau pulih bergantung kedudukan sesebuah negara atau bandar. Bagi bandar seperti Hong Kong dan Singapura yang mempunyai akses perkhidmatan perubatan, COVID-19 tidak dapat menembusi hospital awam dan swasta mereka, begitu juga Malaysia.

Namun, jika terdapat percubaan memanipulasi atau memintas maklumat seperti di China ketika COVID-19 ditemukan pada 8 Disember, maklum balas pantas akan diambil dengan langkah radikal seperti penguatkuasaan kuarantin yang komprehensif.

Di Iran, kadar kematian mencapai 5.74 peratus. Ini menunjukkan pihak berkuasa kesihatan di sana tidak telus dengan jumlah kes dilaporkan. Kadar kematian tinggi, lebih 2.5 kali ganda dari China, Hong Kong dan Singapura.

Di Malaysia, pesakit COVID-19 kes ke-26, mempunyai kontak rapat dengan kakitangan dan beberapa pegawai yang membawa penularan kepada 19 daripada 50 pesakit sehingga kini.

Seramai 189 kontak rapat sudah menjalani ujian, namun masih belum menerima status kesihatan mereka.

COVID-19 boleh membawa maut walaupun mempunyai kadar kematian rendah. Mengapa?

Sebagai permulaan, virus boleh berada pada permukaan telefon seseorang individu hampir seminggu, menurut penyelidikan profesor di University of Southampton, seperti dilaporkan The Telegraph.

Mordena, firma farmaseutikal Amerika Syarikat serta Fujifilm Toyama, yang juga beroperasi di Malaysia, gigih membangunkan vaksin. Namun, kemungkinan vaksin berkesan dan boleh disalurkan ke seluruh dunia akan mengambil masa satu hingga satu setengah tahun lagi.

Dengan COVID-19 masih menular di beberapa bahagian di Asia, terutama Malaysia dan Eropah, semua perlu berhati-hati mengenai protokol yang mengandungi wabak ini.

Maklumat benar mesti didedahkan sepanjang hari untuk meningkatkan tahap kesediaan masyarakat.

Walaupun pesakit pulih daripada COVID-19, ada beberapa kes pesakit kembali dijangkiti. Oleh itu, walaupun kontak rapat pesakit di Malaysia dipantau rapi, jangan sesekali leka.

Sifat asimptomatik COVID-19 membuatkan virus ini sangat bahaya. Tempoh inkubasi boleh memakan masa 14 hingga 35 hari. Individu dijangkiti boleh menyebarkan virus tanpa mengetahui bahawa dia menyebarkannya.

COVID-19 juga sangat pintar. Ia akan cuba memasuki Asid Ribonucleic (RNA) - satu mekanisme biologi yang menghantar maklumat utama kesihatan seseorang melalui Asid Deoksiribonukleik (DNA).

Percubaan menyebarkannya ke RNA seseorang individu langkah paling berkesan apabila membran Enzim Angiotensin 2 (ACE II) dan kadar upaya seseorang individu itu lemah. Sebaik virus memasuki ACE II, ia cuba mengelirukan enzim dalam badan dikenali Encin, untuk digandakan dan membahagikannya secara pantas.

Oleh itu, rakyat Malaysia harus lebih peka dengan wabak berbahaya COVID-19, terutama jika mempunyai ibu bapa, ahli keluarga atau sahabat yang sudah berusia 55 tahun yang tidak mempunyai nutrisi secukupnya.

Dengan politik semakin tidak menentu, pihak berkuasa kesihatan harus berdepan virus semakin menular ini, serta bekerjasama dengan bantuan pihak berkuasa perubatan seperti WHO atau syarikat farmaseutikal seperti Fujifilm Toyama.

Penulis ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X