Khamis, 23 September 2021 | 11:02am
Dron digunakan untuk meracun rumput di sawah.
Dron digunakan untuk meracun rumput di sawah.

Sains dan teknologi perlukan minda lebih kreatif

Bidang sains dan teknologi memainkan peranan penting ke arah melestarikan dunia penuh imaginasi mencabar dari segi struktur dan kelengkapan moden serta terbaik ke arah negara lebih maju, cemerlang, gemilang dan terbilang.

Dari segi pertumbuhan tenaga, ia memerlukan kepakaran dan ikhtiar tersusun agar misi serta visi berjaya. Sains dan teknologi cabang ilmu menyerapkan minda berfikir lebih maju sebagai rakyat kreatif serta inovatif.

Cabaran besar dalam merenung kembali sinar di sebalik dunia sains dan teknologi, memberikan kita cabaran baharu untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tinggi agar dapat merentas zaman lebih meluas lagi.

Inilah hakikat dapat dihadapi rakyat berfikiran matang untuk menghadapi dunia moden berteraskan sains dan teknologi.

Bidang sains dan teknologi memerlukan kebijaksanaan tinggi agar perkembangannya pesat melalui pangkalan data serta maklumat terperinci agar setiap kajian berjalan dengan sempurna.

Cabang ilmu mengenai dunia sains dan teknologi berkait rapat dengan sumber sahih melalui al-Quran yang merungkai pelbagai misteri di sebalik kehidupan di dunia.

Sistem peredaran masa tersingkap di sebalik dunia sains dan teknologi tetap memberikan sesuatu yang terbaik seperti penggunaan teknologi moden dalam mempercepatkan kehidupan insan seperti penggunaan dron dalam pertanian.

Dengan adanya penggunaan dron , ia secara tidak langsung memudahkan kerja pertanian seperti penyemburan racun di sawah, selain mampu mengurangkan beban petani yang sebelum ini hanya menggunakan kudrat empat kerat.

Apa yang penting, bidang sains dan teknologi boleh menjamin kelestarian alam dan menyingkap rahsia ciptaan Tuhan.

Wadiassofi Jaafar,

Alor Setar, Kedah

Berita Harian X