Selasa, 27 Oktober 2015 | 12:04am

Bakar kalori dengan kerja rumah

MALAS bersenam? Pelbagai alasan diberi bagi mengelakkan diri daripada melakukan senaman.

Sebenarnya ada cara mudah untuk bersenam dengan hanya melakukan aktiviti harian.

Persepsi bahawa senaman hanya boleh dilakukan secara formal seperti berjoging, ke gimnasium atau berbasikal harus dikikis kerana selain senaman formal, rutin harian banyak membantu anda dalam usaha membakar kalori

Hakikatnya, pembakaran kalori boleh berlaku dengan hanya melakukan aktiviti ringan di rumah seperti mencuci tingkap, membersihkan kipas, menyapu, membasuh dan mengelap lantai serta mencuci tandas boleh mengeluarkan peluh.

Lihat sekeliling rumah anda, banyak aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan jika anda kesuntukan masa untuk melakukan senaman formal di luar.

Membasuh kereta juga berupaya membuatkan tubuh berpeluh, selain menjimatkan petrol dan wang.

Pastikan guna kedua-dua belah tangan ketika mengelap kereta bagi mengelakkan masalah kekejangan, selain memberi keseimbangan pada senaman otot tangan.

Selain itu, aktiviti seperti membersihkan dapur dan mengelap lantai juga membakar kalori pada kadar tinggi serta meningkatkan kadar denyutan jantung dan membuatkan seluruh otot tubuh bergerak.

Bagi sesetengah individu, masa iklan ditayangkan di televisyen adalah tempoh terbaik untuk bersenam. Biasanya iklan berkenaan mengambil masa dua ke lima minit, tempoh itu sesuai dengan melakukan senaman ringkas seperti mencangkung, berlari setempat, plank atau lompat tali.

INFO: Jumlah kalori dibakar daripada aktiviti di rumah

Menyapu lantai
15 minit > 39 kalori
1 jam > 156 kalori

Membersih lantai
15 minit > 43 kalori
1 jam > 170 kalori

Membasuh kereta
15 minit > 34 kalori
1 jam > 136 kalori

Mencuci tingkap
15 minit > 34 kalori
1 jam > 136 kalori

Membasuh pinggan
15 minit > 22 kalori
1 jam > 88 kalori

Membasuh pinggan dan mengemas meja makan
15 minit > 26 kalori
1 jam >102 kalori

Membersihkan rumah menggunakan vakum
15 minit > 43 kalori
1 jam > 170 kalori

Memasak dan menyediakan makanan
15 minit > 17 kalori
1 jam > 102 kalori

Seterika pakaian
15 minit > 22 kalori
1 jam > 88 kalori

Menjahit atau mengait
15 minit > 9 kalori
1 jam > 34 kalori

Mengemas katil
15 minit > 17 kalori
1 jam > 68 kalori

Melipat, menggantung dan menyimpan pakaian
15 minit > 17 kalori
1 jam > 68 kalori

Menyusun dan mengemas perabot
15 minit > 85 kalori
1 jam > 340 kalori

Mengelap lantai menggunakan tangan atau lutut
15 minit > 48 kalori
1 jam > 190 kalori

Menyiram tumbuh-tumbuhan
15 minit > 26 kalori
1 jam > 102 kalori

Melakukan aktiviti ringan bersama anak-anak (sambil duduk)
15 minit > 26 kalori
1 jam > 102 kalori

Melakukan aktiviti ringan bersama anak-anak (sambil berdiri)
15 minit > 31 kalori
1 jam > 122 kalori

Menjaga orang tua / Orang Kelainan Upaya (OKU) (tempoh aktif)
15 minit > 51 kalori
1 jam 204 kalori

Menukar mentol lampu
15 minit > 17 kalori
1 jam > 68 kalori

Mendukung anak
15 minit > 34 kalori
1 jam > 136 kalori

Sumber: Calorielab.com

Berita Harian X