Sabtu, 24 Oktober 2015 | 12:49am
JEREBU di Kuala Lumpur mencecah bacaan IPU 103 sehingga jam 3 petang semalam. - Foto Hafiz Sohaimi

Sebanyak 27 kawasan tidak sihat setakat 10 malam

KUALA LUMPUR: Sejumlah 27 kawasan direkodkan sebagai tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi dicatatkan di kawasan Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah iaitu 142 setakat 10 malam tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan lain yang merekod bacaan IPU tidak sihat ialah Seberang Jaya 2, Perai (141) dan USM, Pulau Pinang (132), Kuala Selangor (128), Pelabuhan Kelang (126), Langkawi, Seri Manjung (124), Perlis dan Perai, Pulau Pinang (122), Alor Setar (121).

Shah Alam (119), SMK Tanjung Chat, Kota Baharu, SK Jalan Pegoh, Ipoh (115), Kota Tinggi, Johor (110), Tanjung Malim, Banting (108), Sri Aman, Petaling Jaya, Putrajaya (107), Batu Muda, Kuala Lumpur (106) Nilai (105), Bukit Rambai, Melaka (103), Seremban (102) dan Tanah Merah, Kelantan (100).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - BERNAMA

Berita Harian X