Khamis, 22 Oktober 2015 | 12:04am

Hadis palsu tak boleh jadi asas hukum

MAJLIS penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Rozlin Abdullah (empat dari kiri) bersama wakil penaja Oyoshi, Blow dan IGLOO-UFL.

APAKAH hukum kita beramal dengan sesuatu hukum yang berasaskan hadis mauduk? Bolehkah kita beramal dengan hadis mauduk untuk tujuan memperbaiki akhlak kerana saya dapati kata-katanya sangat menarik untuk diamalkan?

Perlu diingatkan kepada semua umat Islam, sesuatu hukum tidak boleh dibina kecuali berasaskan dalil yang kuat seperti al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas. Berhubung dengan al-Quran memang tidak dinafikan yang ia sangat tepat dan mustahil berlakunya penipuan.

Hadis Nabi SAW pula tidak boleh diambil kecuali hadis yang diiktiraf sahih oleh ulama hadis. Ini bermakna hadis mauduk (palsu) tidak boleh dijadikan sandaran untuk penentuan sesuatu hukum. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW: "Sesiapa sahaja yang mendustaiku dengan sengaja, maka akan ditempatkan dia di dalam api neraka." (Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda: "Sesiapa sahaja yang menyampaikan sesuatu kenyataan yang disandarkan kepada Nabi sedangkan ia adalah satu penipuan, maka orang itu adalah salah seorang daripada golongan yang menipu." (Riwayat Muslim)

SESUATU hukum tidak boleh dibina kecuali berasaskan dalil yang kuat seperti al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas.

Sehubungan itu, menyampaikan dan beramal dengan hukum yang berasaskan hadis mauduk adalah haram dan berdosa. Oleh sebab itu, hukum hakam tidak terbina atas hadis mauduk.

Menyandarkan sesuatu amalan, kata-kata kepada Nabi SAW tanpa sebarang bukti daripada al-Quran atau hadis sahih adalah bidaah dan diharamkan oleh Islam. Imam al-Khatib al-Bagdadi berkata, "Seorang perawi hadis wajib memastikan hadis yang disampaikan itu bukan daripada hadis rekaan atau palsu.

Ini kerana perbuatan terbabit akan menyebabkan umat Islam sesat sekali gus beramal dengan sesuatu yang tidak betul. Lebih bahaya lagi apabila hadis palsu yang disampaikan itu boleh menyebabkan umat Islam mengamalkan syirik atau khurafat.

Sehubungan itu, segala kenyataan palsu (hadis palsu) haram diamalkan sama ada untuk tujuan hukum atau akhlak.

Berita Harian X