Rabu, 21 Oktober 2015 | 9:16am
BACAAN IPU setakat jam 7 pagi tadi.
KEADAAN di Shah Alam pagi ini. - Foto NSTP

IPU Shah Alam tertinggi, 211 sangat tidak sihat jam 7 pagi


JARAK penglihatan terhad di sekitar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akibat jerebu teruk dengan bacaan IPU mencecah 221, paras sangat tidak sihat di Shah Alam setakat jam 8 pagi ini. - Foto Roslin Mat Tahir

KUALA LUMPUR: Daripada 30 kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 7 pagi ini, Shah Alam mencatat bacaan tertinggi di Malaysia, pada 211 iaitu sangat tidak sihat.

Ini diikuti Pelabuhan Klang (195), Putrajaya (184), Banting (181), Petaling Jaya (178) dan Kuala Selangor (151).

Kawasan lain catat IPU tidak sihat ialah Cheras (147); Batu Muda, Kuala Lumpur (164); Sri Aman (140), Sarikei (112), Samarahan (132) dan Kuching, Sarawak (128); USM dan Seberang Jaya 2 masing-masing (139) manakala Perai di Pulau Pinang (118).

Kangar, Perlis (134); Tanjung Malim (122), Seri Manjung (144), Jalan Pegoh, Ipoh (145), Air Putih, Taiping (115) dan Jalan Tasek, Ipoh di Perak (136). Jerantut, Pahang (105); Seremban (148), Port Dickson (118) dan Nilai, Negeri Sembilan (145) manakala di Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka masing-masing 120 dan 114.


KEADAAN di Shah Alam pagi ini. - Foto NSTP


PERSIARAN Putrajaya menuju Dataran Masjid Putra berlatar Bangunan Perdana Putra diselubungi jerebu rentas sempadan yang masih lagi teruk setakat 8 malam tadi.
- Foto BERNAMA

Di Kedah, Langkawi mencatat IPU 127; Bakar Arang, Sungai Petani (127) dan Alor Setar (131).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Berita Harian X