Selasa, 20 Oktober 2015 | 10:14pm

30 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 malam

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan negeri terus merosot setakat jam 9 malam dengan jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada 30 berbanding 23 pada 2 petang tadi.

Empat kawasan lagi yang menyaksikan kemerosotan kualiti udara kepada paras tidak sihat ialah Pelabuhan Klang (182) , Shah Alam (180), Petaling Jaya (154) dan Banting (151).

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 26 kawasan lagi yang mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Putrajaya (139), Cheras (125), Kuala Selangor (142), Samarahan (112), Kuala Terengganu (106), Ipoh (130), Perai (123), Seremban (124).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Berita Harian X