Rabu, 1 Oktober 2014 | 11:48am

Suami isteri maut motosikal dinaiki dirempuh kereta

KANGAR: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 14 Jalan Alor Setar-Kangar, kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Ketika kejadian lelaki berusia 67 tahun dan isterinya, 54, dikatakan baru sahaja keluar dari simpang arah Kampung Bongor Kudung, di sini, menuju laluan utama sebelum dirempuh kereta dipandu seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, mengesahkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X