Isnin, 12 Oktober 2015 | 11:00am

Ringgit dibuka rendah, 4.1700 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kegiatan pengambilan untung selepas rali minggu lalu.

Pada jam 9.15 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1700/1799 berbanding dolar daripada 4.1310/1400 pada penutupan Jumaat.

Ringgit rali ke paras tertinggi dalam tujuh minggu kepada 4.1310/1400 Jumaat lalu berbanding 4.4100/4180 pada Jumaat minggu sebelumnya berikutan sentimen yang lebih baik.

Peniaga bagaimanapun berkata, sentimen adalah positif bagi ringgit kerana mata wang serantau kekal dalam jajaran menaik berikutan trend penyusutan dolar AS.

Ringgit juga rendah berbanding mata wang utama lain. Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9769/9854 daripada 2.9587/9656 minggu lalu dan susut berbanding yen kepada 3.4712/4809 daripada 3.4356/4445 hujung minggu lalu.

Berbanding pound British, ringgit susut kepada 6.3889/4057 daripada 6.3448/3595 Jumaat lalu dan berbanding euro, ia susut kepada 4.7400/7521 daripada 4.6775/6886 sebelumnya. - BERNAMA

Berita Harian X