Jumaat, 9 Oktober 2015 | 12:00am
BAHAGIAN tangan antara kawasan yang sering terdedah kepada air, matahari dan ancaman bahan kimia.

Tangan kasar, urat tersembul

KEDUA-DUA belah tangan saya kasar, berkedut, kusam dan urat tersembul. Kerja rumah menjadikannya lebih buruk. Saya sudah mencuba pelbagai krim tetapi tidak berhasil. Bagaimana doktor boleh membantu saya?

Norzila Omar
Kota Tinggi, Johor

Bahagian tangan antara kawasan yang sering terdedah kepada air, matahari dan ancaman bahan kimia seperti sabun pencuci dan sebagainya.

Akibatnya, minyak pada kulit mula kering, lapisan atas lemak pada tangan hilang keanjalan sekali gus menyebabkan tangan kasar, berkedut, kusam dan urat tersembul.

Masalah itu boleh diatasi dengan menggunakan pelbagai rawatan.

Berikut antara beberapa rawatan yang boleh dicuba.

1.Pemindahan sel stem

Ia sebagai alternatif semula jadi membolehkan individu mengundur masa dan mengembalikan keremajaan.

Prosedur kosmetik menegangkan kulit atau mengisi garis dan kedutan yang lazimnya dilakukan pada wajah boleh dilakukan pada tangan dengan mudah, iaitu menggunakan sejumlah sel stem yang diproses yang dijumpai secara semula jadi dalam darah.

2. Pemindahan lemak

Jika bahagian berongga pada tangan dan urat timbul sangat ketara, pemindahan lemak juga boleh dilakukan.

Lemak yang diambil daripada badan digunakan untuk mengisi ruang kosong. Lemak juga kaya dengan sel stem dan membantu memperbaiki warna dan tekstur kulit, membantu mengurangkan parut, menghilangkan kusam, pucat di samping melembap dan melembutkan tangan.

Hasilnya juga berkekalan jika penjagaan dilakukan rapi selepas prosedur diamalkan.

3. Fillers

Ia ialah hyaluronic acid, sejenis komponen tisu yang ada di bawah kulit dan boleh digunakan untuk mengisi ruang dan mengurangkan urat tersembul.

Fillers, kaedah komersial. Kos untuk fillers juga agak tinggi jika dibandingkan dengan prosedur pemindahan sel stem.


JIKA bahagian berongga pada tangan dan urat timbul sangat ketara, pemindahan lemak boleh dilakukan.

4. Penggunaan krim

Untuk penjagaan di rumah selepas prosedur di atas, gunakan krim yang mengandungi bahan utama hyaluronic acid amat berkesan sebagai agen antipenuaan.

Berita Harian X