Rabu, 7 Oktober 2015 | 5:16pm

Ning Baizura sertai senaman pilates untuk amal 25 Oktober ini

PENAMPILAN terkini Ning yang kelihatan semakin ramping.
PENAMPILAN terkini Ning yang kelihatan semakin ramping.

KUALA LUMPUR: Ning Baizura kini aktif mengamalkan senaman pilates dalam usaha mengekalkan gaya hidup sihat dan mendapatkan berat badan ideal.

Sejak hampir setahun lalu juga, Ning mempraktikkan cara makan mengikut kiraan kalori. Untuk memudahkannya mengira kalori, Ning memuat turun aplikasi My Fitness Pal di telefon bimbit.

Selain itu juga, Ning juga lebih mengutamakan penurunan lemak dalam badan (body fat) berbanding berat badan.

"Saya juga banyak melakukan senaman pilates. Senaman ini pun ramai yang salah faham menganggap ia seperti yoga. Sebaliknya ia lebih kepada senaman fleksibiliti dan pemulihan semula dalam badan. Sebab senaman ini juga ramai yang nampak saya macam tinggi dan panjang.

"Pada 25 Oktober ini juga saya akan terbabit dalam acara amal membabitkan senaman Pilates di Dewan Tan Sri Hamzah, Royal Selangor Club, Bukit Kiara," katanya sambil menambah mereka yang mahu beramal sambil bersenam wajar menyertai acara itu.

Acara senaman itu akan bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari. Yuran masuk dikenakan sebanyak RM20 dan percuma kepada pesakit kanser.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari facebook.com/pilatique.

Berita Harian X