Isnin, 5 Oktober 2015 | 8:49pm

19 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 7 malam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 7 malam ini, demikian menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kawasan itu adalah Pasir Gudang (107), Alor Setar (116), Sungai Petani (118), Langkawi (152), Bandaraya Melaka (117), Bukit Rambai (114), Port Dickson (111), Jalan Tasik, Ipoh (103), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (122), Kampung Air Putih, Taiping (119) dan Seri Manjung (123).

Turut mencatat bacaan IPU dalam kategori sama ialah Kangar (110), Perai (110), Seberang Jaya 2, Perai (123), Universiti Sains Malaysia (128), Banting (102), Kuala Selangor (112), Pelabuhan Klang (107) dan Shah Alam (107).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - BERNAMA ARIF


BACAAN Indeks Pencemaran Udara (IPU) seluruh negara setakat jam 7 petang. - Foto APIMS
Berita Harian X