Isnin, 5 Oktober 2015 | 9:32am

3 kawasan di Pulau Pinang rekod IPU tidak sihat tertinggi


KEADAAN jerebu di Jambatan Pulau Pinang. - Ramdzan Masiam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 kawasan rekod Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat 8 pagi ini dengan tiga kawasan bacaan tertinggi adalah di Pulau Pinang.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Universiti Sains Malaysia merekod bacaan IPU tertinggi iaitu 172 diikuti Seberang Jaya (167) dan Perai (147).

Kawasan lain IPU tidak sihat ialah Alor Setar (156), Bakar Arang Sungai Petani (146), Kampung Air Putih Taiping (156), Seri Manjung (135), Jalan Tasek Ipoh (118), SK Jalan Pegoh Ipoh (142), Langkawi (127), Kangar (125), Pelabuhan Klang (101), Kuala Selangor (102), Shah Alam (101) dan Batu Muda Kuala Lumpur (107).

Berita Harian X