Rabu, 30 September 2015 | 2:48pm

17 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 1 petang

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di negara ini tidak banyak menunjukkan perubahan walaupun hujan di beberapa kawasan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat jam 1 petang tadi menunjukkan 17 kawasan dikategorikan tidak sihat.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat paling tinggi adalah di Bukit Rambai, Melaka (146) diikuti Port Dickson (142), Bandaraya Melaka (136), Kuantan (132), Banting (132), Pasir Gudang (123) dan Kemaman, Terengganu (123).

Kawasan lain yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Larkin (113), Muar (116), Nilai (121), Seremban (118), Pelabuhan Klang (109), Petaling Jaya (102), Shah Alam (112), Paka (112), Kuala Lumpur (102) dan Putrajaya (112).

Sebanyak 27 kawasan pula mencatat tahap IPU sederhana dan lapan kawasan mencatatkan IPU baik.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Berita Harian X