Ahad, 13 September 2015 | 7:42pm

19 kawasan catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR: Kualiti udara yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada 19 kawasan di Semenanjung dan Sarawak, petang ini.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 5 petang, empat negeri yang mencatat peningkatan bacaan IPU tidak sihat adalah Negeri Sembilan, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sehingga kini, kawasan yang mencatat peningkatan bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai (161), Seremban (155), Sri Aman (110), Samarahan (128), Sarikei (101), Banting (168), Kuala Selangor (112), Pelabuhan Klang (115), Cheras (129), dan Putrajaya (156).

Sementara itu, kawasan yang mencatat bacaan IPU yang sama seperti setakat 2 petang tadi, ialah Bandaraya Melaka (166), Port Dickson (160) dan Shah Alam (151).

Kawasan lain yang mencatat penurunan bacaan IPU adalah Pasir Gudang (105), Muar (147), Bukit Rambai (169), Kuching (118), Petaling Jaya (144) dan Batu Muda (131).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

- BERNAMA

Berita Harian X