Ahad, 13 September 2015 | 4:49pm
CUACA persekitaran pusat bandar Kuala Lumpur di selubungi jerebu yang teruk dan jarak penglihatan juga terhad. - Foto Salhani Ibrahim
KELIHATAN laluan masuk ke Putrajaya melalui Persiaran Utara kabur akibat dicemari oleh jerebu apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan 151 iaitu tidak sihat hingga jam 2 petang hari ini. - Foto BERNAMA
JERUBU di Pantai Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak, Masjid Tanah menyebabkan kadar tempahan penginapan chalet menurun 30 peratus. - Foto Hassan Omar
KELAHTAN pemandangan di Lebuhraya Persekutuan berhampiran pintu gerbang Kota Darul Ehsan PJ, kabur disebabkan jerebu yang menyelubungi persekitaran udara yang mencatatkan Index Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. - Foto Yazit Razali
KEADAAN jerebu di sekitar Bandaraya Ipoh masih terkawal dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana pada skala 77 pada pukul 1 petang tadi. - Foto L. Manimaran
KEADAAN cuaca berjerebu di Pulau Pinang hari ni menunjukkan Indeks Pencemaran udara (IPU) masih pada tahap sederhana iaitu 97 di kawasan pulau manakala 82 di Perai dan 93 di kawasan Seberang Jaya setakat pukul 11 pagi hari ini. Keadaan ini berlaku keran terdapat lebih 300 titik panas yang berlaku di Sumatera Indonesia sejak seminggu lalu. - Foto Amir Irsyad Omar

Kualiti udara di 18 kawasan semakin merosot

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di 18 kawasan di Semenanjung dan Sarawak yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, semakin merosot petang ini berbanding pagi tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 2 petang, Bukit Rambai di Melaka masih mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 170, diikuti Bandaraya Melaka (167), Banting (162), Port Dickson (156), Nilai (155) dan Seremban (151).

Kawasan lain yang mencatat IPU tidak sihat ialah Pelabuhan Klang (151), Muar (147), Putrajaya (151), Shah Alam (146), Petaling Jaya (141), Batu Muda (126), Cheras (122), Samarahan (117), Kuching (114), Pasir Gudang (106), Sri Aman (104) dan Kuala Selangor (104).

Sementara itu, Larkin Lama dan Sarikei adalah antara kawasan mencatat bacaan IPU sederhana, masing-masing pada 97 dan 96. Kawasan lain yang mencatat bacaan sederhana termasuk Sibu (92), Universiti Sains Malaysia (90), Kampung Air Putih, Taiping (89), Kota Tinggi (83), Bintulu (88) dan Seberang Jaya 2, Perai (87).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

- BERNAMA

Berita Harian X