Jumaat, 26 September 2014 | 7:45pm

Blackberry lancar Blackberry Passport di Malaysia


Blackberry Passport

KUALA LUMPUR: BlackBerry Ltd, peneraju global dalam telekomunikasi mudah alih, baru-baru ini memperkenal BlackBerry Passport baharu dengan skrin sentuh persegi yang lebih besar serta papan kekunci sentuh QWERTY, di Malaysia.

Telefon itu dijual pada harga runcit RM2,399 menerusi syarikat pengedar sah BlackBerry, Celcom, mulai 10 Oktober 2014 dan rakan lain mulai 1 November, katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat itu berkata peranti itu disasarkan kepada profesional perniagaan yang mementingkan produktiviti, yang mahukan telefon pintar yang memberi kuasa kepada mereka bersama perkakasan mudah alih yang diperlukan untuk menjalankan kerja, tanpa mengetepikan gaya dan mudah dibawa.

Pengarah Urusan Blackberry bagi Indochina Ben Quirin berkata pengenalan reka bentuk skrin persegi pertama BlackBerry dan papan kekunci sentuhan telefon pintar itu merupakan kejayaan penting bagi syarikat itu.

Peranti itu dilengkapi sistem operasi 10.3 BlackBerry, yang membolehkan Pengguna meningkatkan produktiviti dan bekerjasama dengan lebih berkesan. - BERNAMA

Berita Harian X