Sabtu, 5 September 2015 | 12:09am

Kerabu istimewa Jalan Cendana

HIDANGAN kerabu bukan sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat Asia, kerana menu itu mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan.

Selain terkenal dengan hidangan sihat dan segar, kerabu antara juadah pembuka selera kerana menggunakan makanan laut segar, ayam dan daging yang dicelur atau direbus.

Dengan pelbagai jenis kerabu di Malaysia, resipinya menjadi bertambah unik dan disesuaikan mengikut selera masing-masing.

Resipi bertambah menyelerakan apabila ulam-ulaman, sayuran dan buah-buahan menjadi pelengkap memberikan rasa lazat, segar dan menyihatkan.

Aroma kulinari kali ini berkongsi resipi mudah daripada Cef Demi (chef de partie) Fraser Residence Kuala Lumpur, Cef Mohd Faris Mat Basir, Kerabu istimewa Jalan Cendana.


BAHAN-bahan untuk membuat 'Umai Seafood Fraser Residence ' di Hotel Fraser Residence Kuala Lumpur. - Foto Munira Abdul Ghani

Bahan-bahan

  • 100 gram isi udang (dicelur)
  • 100 gram sotong putih (dicelur)
  • 100 gram isi ikan merah (dicelur)
  • 1 inci halia muda (dihiris halus)
  • 2 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 6 biji limau kasturi (atau limau nipis)
  • 10 tangkai cili merah dan cili padi
  • daun ketumbar
  • daun bawang
  • garam

Cara menyediakannya

1. Halia muda, cili merah dan cili padi dihiris halus.

2. Masukkan udang, sotong dan ikan ke dalam mangkuk besar.

3. Campurkan dengan bahan-bahan yang dihiris halus.

4. Perahkan asam limau dan tambahkan dengan garam.

5. Sedia untuk dihidangkan.

Berita Harian X