Rabu, 2 September 2015 | 2:09pm

Martin dipilih Presiden CGF, ganti Tunku Imran


PESERTA korban melafaz akad korban kepada jawatankuasa Surau al-Hakim Subang Bestari.

AUCKLAND: Pentadbir sukan Britain, Louise Martin dipilih sebagai Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) yang baharu selepas menewaskan penyandangnya, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaa'far pada perhimpunan agung badan induk itu, hari ini.

Pemilihan Martin turut mencipta sejarah apabila buat pertama kali jawatan penting dalam organisasi sukan terbabit disandang oleh wanita.

Tunku Imran memegang jawatan Presiden CGF pada 2011 menggantikan Mike Fennel dari Jamaica.

Sepanjang empat tahun menjawat jawatan itu, Tunku Imran membantu melaksanakan hala tuju strategik baharu CGF.

"Kita mengharungi masa turun dan naik. Ia empat tahun yang hebat buat saya namun kita sudah berada pada tahap di mana kita sudah mempunyai pelan strategik untuk masa hadapan," katanya.

Penganjuran Sukan Komanwel sejak beberapa tahun lalu dihimpit pelbagai masalah termasuk lebihan kos penganjuran yang menghalang bandaraya terkemuka untuk membuat bidaan.

Hanya dua bandar membida bagi edisi 2018 sebelum ia diserahkan kepada Gold Coast, Australia yang menewaskan Bandaraya Hambantota, Sri Lanka.

Durban, Afrika Selatan pula akan menganjurkan edisi 2022 selepas muncul satu-satunya bandar raya yang menawarkan diri selepas Edmonton, Kanada menarik diri.

CGF ketika ini berdepan tekanan untuk kekal relevan dalam pasaran acara sukan yang semakin meningkat. - Reuters

Berita Harian X