Isnin, 24 Ogos 2015 | 3:04pm

Huawei bantu tingkat kecekapan profesional siswazah MTUN


MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh mendengar taklimat mengenai operasi rangkaian Huawei di seluruh Malaysia oleh Ketua Pengawai Eksekutif Huawei Malaysia, Abraham Liu (kanan) ketika melawat Pusat Latihan Global Huawei di Cyberjaya, hari ini. - Foto Owee Ah Chun

CYBERJAYA: Huawei, syarikat penyelesaian ICT China, akan membantu untuk meningkatkan kemahiran ICT bagi siswazah Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) melalui program Rangkaian Siswazah yang diperakui Huawei (HCNG).

Program pembangunan kemahiran ICT selama 45 hari itu dilancarkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh di Pusat Latihan Global Huawei di sini, hari ini.

Idris berkata, keempat-empat universiti MTUN yang akan terbabit dalam program itu adalah Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Kerjasama merentas industri akan mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini dan aplikasi praktikal dalam mempersiapkan mereka untuk berkembang maju dalam teknologi dan pengetahuan berteraskan ekonomi.

"Dunia ini sama rata. Pelajar-pelajar kita bukan sahaja bersaing dengan rakan-rakan mereka di pasaran domestik, mereka juga pergi berdepan dengan bakat lain di dunia.

"Saya harap lebih ramai orang awam dan institusi pengajian tinggi swasta berusaha membentuk kerjasama yang kukuh dengan industri," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X