Selasa, 23 September 2014 | 8:51am

BlackBerry bakal lancar telefon pintar terbaharu

MONTREAL: BlackBerry bersedia untuk melancarkan edisi telefon pintar terbaharunya di pasaran esok bagi memastikan kumpulan telekomunikasi dari Kanada itu terus bersaing di pasaran global.

Dinamakan sebagai BlackBerry Passport dengan skin bersaiz 4.5 inci dan papan kunci fizikal dijangka dijual AS$599 tanpa kontrak penyedia talian di Amerika Syarikat, demikian menurut Ketua Eksekutifnya (CEO), John Chen memberitahu Wall Street Journal.

Harga berkenaan lebih rendah daripada harga kontrak berbanding pesaing iPhone keluaran Apple dan pengeluar telefon pintar berteknologi tinggi dari Samsung.

"Pelancarannya akan dibuat di Dubai, London dan Toronto, sebelum ia boleh didapati di kedai telekomunikasi 15 hari kemudian," kata Chen.

BlackBerry Passport dilancarkan susulan kegagalan perisian BlackBerry 10 serta pengurusan yang kurang baik syarikat tahun lalu sehingga mengakibatkan kerugian yang besar.

The Waterloo, sebuah syarikat berpangkalan di Ontario yang menawarkan bantuan serta mengembalikan budaya penggunaan telefon bimbit berikutan saingan telefon pintar di kalangan pengguna, didapati gagal apabila ramai yang beralih kepada iPhone atau perisian yang menggunakan

platform Googles Android.

Disember tahun lalu, BlackBerry mengumumkan rakan pengeluar baharunya dengan firma yang berpangkalan di Taiwan, Foxconn serta melaksanakan perubahan struktur syarikat.

Perkongsian itu menyaksikan Foxconn menumpukan kepada pengeluaran dan pengurusan inventori, manakala BlackBerry memberi fokus kepada perisian dan perkhidmatan.

Pada Mei lalu, BlackBerry melancarkan telefon bimbit bajet terbaharunya di Indonesia, yang dianggap edisi terakhirnya sebelum beralih kepada telefon pintar.

Telefon skrin sesentuh Z3, yang pertama dikeluarkan oleh Blackberry dengan Foxconn, secara umumnya mensasarkan pasaran Asia, terutama Indonesia, bagi pengguna setia yang masih menggunakan perkhidmatan mesej BBM.

Telefon berkenaan dijual dengan harga di bawah AS$200 tanpa kontrak. - AFP

Berita Harian X