Rabu, 29 Julai 2015 | 4:41pm
GoPro memperkenalkan sistem sama menggunakan 16 kamera dan perisian Google.
Ibupejabat Nokia di Helsinki.

Nokia lancar kamera sfera realiti maya pertama


Kamera sfera Nokia

HELSINKI: Nokia yang suatu masa dulu pernah menjadi pengeluar telefon terbesar dunia, kini melancarkan produk terbaharu berupa kamera sfera yang direka untuk menjadikan video 3 dimensi dan permainan boleh ditonton secara realiti maya.

Peranti ini yang pertama kali dipamerkan pada Los Angeles, mampu mengambil video dan audio dalam 360 darjah dengan lapan sensor dan mikrofon, adalah cubaan terbaharu syarikat berkenaan.

Nokia juga akan melakukan penyusunan semula selepas menjual perniagaan telefon mudah alih kepada Microsoft tahun lalu.

Ketua Eksekutifnya, Ramzi Haidamus menyatakan kehadiran peranti terbaharu ini dijangkakan mengubah kehidupan pengguna dan memberikan kelainan apabila semuanya menjadi realiti maya.

"Pengalaman realiti maya tidak lama lagi akan menjadi kenyataan. Ia mampu memberikan satu kelainan kepada kehidupan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada bulan Mei lalu, GoPro memperkenalkan sistem sama menggunakan 16 kamera dan perisian Google, manakala beberapa syarikat teknologi lain seperti Facebook dan Samsung turut mengumumkan rancangan berbeza untuk memasuki pasaran realiti maya.

Nokia juga merancang untuk kembali ke perniagaan telefon pintar selepas perbincangan perjanjian pelesenan dengan Microsoft tamat tahun depan. - REUTERS

Berita Harian X